Siakap Keli

“Nak Kulit Flawless Tak Perlu Belanja Mahal, Hanya Perlu Rajin” Follow ‘Skincare Steps’ Ni Untuk Kulit Lebih Cantik

Yass, kami tahu semua orang nak kulit yang gebu, lembut dan berseri-seri. Lagi-lagi bila tengok heroin dalam filem dan drama korea tu, amboii, kemain licin macam telur! Satu jerawat atau jeragat pun tak nampak kan?

“Elehh, make up je semua tu!” 

Ehemm, tapi tipu lerr kalau anda lansung taknak kulit macam tu kan? Orang kata, kalau nak make up cantik, kulit kena lah cantik dulu! Bila base dah lawa, baru senang nak make up. Lepas ni tak perlu letak foundation tebal, yelaa kulit dah cantik kan.

Sumber : Giphy

Tak Perlu Berbelanja mahal, Hanya Perlu Rajin

Rutin penjagaan kulit ni ada 8 steps. Alamak nampak macam banyak kan? Tapi kami nak tunjuk cara yang paling simple untuk anda buat.

Tak perlu habiskan duit buat rawatan, anda boleh start dengan jaga dulu kulit anda sendiri di rumah. Boleh try dulu buat seminggu sekali, kalau rajin, bolehlah buat 2-3 kali seminggu. Depends pada kerajinan anda.

#1 Remove Makeup

Caranya mudah je, remove make up anda dengan dua jenis makeup remover iaitu oil-based & water-based. First step guna yang oil-based makeup remover untuk hilangkan sunscreen dan segala minyak kat muka. Then, guna pulak yang water-based macam micellar water untuk bersihkan segala water-based impurities, contohnya peluh dan debu- debu dekat muka.

#2 Cleanser

Okay, make sure kulit betul-betul bersih dari make up. Sebab before tidur, kalau boleh kita nak muka ni betul-betul bersih dari sebarang kotoran. Kami suggest anda gunakan cleanser yang low ph untuk bersihkan muka. Kalau anda jenis yang tak pakai make up, step ni kena buat juga sebab kulit kita still terdedah dengan debu dan kotoran.

Sumber : Giphy

#3 Exfoliate

Exfoliate ni antara langkah yang paling penting. Sebab perasaan tak, kadang-kadang tu bila pakai produk tapi tidak ada kesan pun pada kulit. Itu sebab dah banyak sgt sel kulit mati di muka. So dengan exfloliate, dapatlah remove semua sel kulit-kulit mati tu.  Macam mana nak buat? Anda gunakan scrub dan applykan secara lembut pada kulit. Scrub ni function dia untuk buang sel kulit mati dan bersihkan segala pori yang tersumbat. Barulah benefit produk yang anda pakai tu boleh menyerap ke dalam kulit.

#4 Toner

Lepas bilas muka tu, terus sapukan toner pada kulit muka. Ikut jenis toner apa yang anda pilih untuk pakai, biasanya pada waktu malam kami akan suggest supaya anda pakai hydrating toner. Letakkan toner pada tapak tangan dan tepuk perlahan pada permukaan kulit supaya ia menyerap. Barulah rasa fresh kulit.

#5 Essence & Serum

Selepas itu, barulah anda pakai esen atau serum. Biasanya pilihan untuk esen & serum ni depends dengan kesesuaian dan masalah kulit you oollss tu, ada untuk hydration, brightening, reduce wrinkles, jerawat atau parut. 

Sumber : Giphy

#6 Sheet Mask

Sheet mask ni bukan macam sleeping mask ye, sheet mask kena pakai lepas prep kulit anda. Pakai dalam masa 15 ke 20 minit sahaja, tidak perlu nak pakai lama-lama sampai pagi. Kulit anda akan bertambah kering tau kalau pakai mask tu lama-lama. 

#7 Eye Cream

Next step is pakai eye cream, anda sapukan sahaja di bahagian bawah mata tu.  Letakkan sikit secara lembut dengan menggunakan jari tengah atau manis. Eye cream ni berfungsi untuk menghilangkan kedutan mahupun lingkaran hitam di sekeliling mata. 

Sumber : Giphy

#8 Moisturiser

Dah sampai pun step akhir, moisturiser! Moisturiser ni untuk kunci segala hydration yang kita dah letak dekat muka sebelum ni (toner, essence, serum) dan untuk melembabkan kulit. Tak kira kulit anda jenis Dry skin, oily skin atau combination, semua perlu pakai moisturiser!

Lepas dah habis semua step ni, anda barulah boleh tidur. Langkah yang sama anda boleh guna untuk waktu siang, cuba perlu pakai suncreen selepas moisturiser.

Tak susah pun kalau nak kulit fresh, lembut dan sihat. Cuba and perlu rajin sikit je untuk menjaganya.

Sumber : Giphy

Sumber : vogue.au.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.