Siakap Keli
Facebook Omar Nabi

Orang Ramai Gelar Daoud Nabi Sebagai Hero, Mahu Nama Allahyarham Diingati

Lelaki pertama yang terkorban dalam serangan di Christchurch digelar sebagai hero oleh orang ramai susulan tindakannya yang masih lagi sempat mengucapkan “Hello Brother” kepada pengganas yang menyerang. Ada juga yang membuat andaian tindakan Daoud Nabi itu sebagai satu usaha untuk menenangkan penyerang.

Daoud Nabi, 71, terkorban di dalam kejadian tersebut. Allahyarham merupakan seorang imigran dari Afghanistan yang berhijrah ke New Zealand bersama anak-anaknya pada tahun 1980. Anaknya Omar Nabi berkata ayahnya itu menyifatkan New Zealand sebagai ‘slice of heaven’ untuk menunjukkan betapa dia cintakan negara terbabit.

Di dalam video yang dimuat naik secara langsung oleh penyerang di Facebook sebelum ini, Daoud Nabi menyapa penyerang terbabit di muka masjid dengan ayat “Hello Brother”. Orang ramai menyifatkan sapaan oleh Daoud Nabi itu menunjukkan Islam itu adalah agama yang damai dan cintakan keamanan.

Heavy.com menyifatkan nama Daoud Nabi; dan mereka-mereka lain yang terkorban; adalah sepatutnya yang diingati – bukanlah nama penyerang seperti yang diwar-warkan oleh sesetengah media. Turut difahamkan, Daoud Nabi juga antara individu yang banyak membantu pelarian-pelarian yang datang ke New Zealand untuk tempat berlindung.

Menerusi satu video yang dimuat naik ke Twitter oleh akaun ARTIST TAXI DRIVER, seorang lelaki yang dikenali sebagai Mark tidak berpuas hati dengan tindakan sesetengah media yang tidak meletakkan Daoud Nabi di muka hadapan akhbar mereka. Malah, lelaki berkenaan turut menyatakan rasa tidak puas hatinya dengan liputan media yang diberikan kepada penyerang.

“Kamu fikir dunia ini sudah tak ada harapan. Tetapi harapan akan tetap ada. Tetap ada. Selagi Daoud Nabi diingati. Selagi kamu sebut nama itu berulang-ulang kali. Kamu (patut) beritahu semua orang tentang Daoud Nabi, Daoud Nabi”, kata Mark.

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....

Editor: Siakap Keli

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di