Siakap Keli
Gambar : Bernama

Proses Pembersihan 1.5KM Sungai Kim Kim Selesai

Johor Bahru : Proses pembersihan sepanjang 1.5 km Sungai Kim Kim yang dimulakan sejak Rabu lepas, ekoran pembuangan sisa kimia, sudah selesai hari ini.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) Yeo Bee Yin berkata bagaimanapun, pemantauan terus dilakukan hari ini bagi meneliti sebarang langkah yang boleh dilakukan.

“Sungai Kim Kim sejauh 1.5 km yang tercemar sudah dibersihkan tetapi hari ini kita mahu tengok apa-apa lagi yang kita boleh ‘touch up’.

“Hari ini, kita boleh kata ia adalah hari pemantauan. Selepas pantau, barulah kita boleh tengok apa langkah seterusnya yang boleh dibuat,” katanya kepada sumber di Pusat Gerakan Jawatankuasa Pengurusan Bantuan Bencana yang dibuka di Majlis Perbandaran Pasir Gudang, Menara Aqabah, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor Datuk Dr Mohammad Ezanni Mat Salleh.

Yeo berkata dalam masa sama, seramai 30 pasukan melibatkan anggota JAS dan Jabatan Kimia digerakkan ke 30 sekolah di sekitar kawasan terjejas, hari ini, bagi memantau kualiti udara dengan menggunakan alat pengesan gas.

Beliau berkata kesemua 30 sekolah itu jaraknya tiga hingga sembilan kilometer dari Sungai Kim Kim. “Sebelum ini kita sudah buat (memantau kualiti udara) di tempat berbeza-beza…dan didapati kualiti adalah tahap selamat.

“Tetapi, liputan kita hari ini akan menjadi besar kerana pembersihan sungai sudah pun siap,” katanya dengan menambah hasil laporan penuh kualiti udara tersebut akan didedahkan esok.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Editor: Sha Rossa

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di