Siakap Keli

“Tolong Beritahu Dunia Kami Sedang Menderita, Kami Sudah Tiada Apa-Apa” Ratusan Terkorban, Mozambique ‘Hancur’ Dilanda Taufan Idai

Kota pelabuhan Mozambique di Afrika Selatan telah ‘hancur’ dilanda taufan Idai. Taufan Idai adalah bencana terburuk yang terjadi di Afrika dan keseluruhan negara Hemisfera Selatan. Ia telah telah menyebabkan kerosakan infrastruktur dan mengorbankan ratusan nyawa.

Rumah-Rumah Yang Musnah Akibat Bencana Tersebut (Gambar : CNN)

Mereka yang selamat dari bencana itu masih berada dalam keadaan sedih kerana kehilangan sumber makanan, pakaian mahupun tempat tinggal.

Namun lebih menyayat hati, mereka juga sebenarnya sedang berkabung meratapi terkorbannya orang yang mereka sayangi.

Penyelamat Masih Berusaha Mencari Mangsa Yang Terselamat (Gambar : The Week)

Agensi bantuan bekerja keras untuk menyelamatkan mangsa yang terperangkap.

Namun sejujurnya para penyelamat berasa bimbang kerana tahu bantuan dari mereka sahaja tidak mencukupi.

Gambar : BBC.com

Seorang wanita yang merupakan mangsa bencana ini berkata kepada media :

“Saya sudah tidak mempunyai apa-apa, saya telah kehilangan segalanya. Kami bahkan tidak memiliki selimut. Kami perlukan bantuan.”

Kebanyakan Rumah di Daerah Ini Telah Ditenggelami Air (Gambar : Reuters.com)

Kedudukan geografi menjadi salah satu punca berlakunya taufan Idai yang telah memusnahkan daerah ini.

Bencana taufan itu turut mengakibatkan banjir dan angin kencang 177 km/h (106 mph).

Mangsa mencuba untuk gunakan apa sahaja yang ada untuk membina tempat perlindungan.

Mereka cuba membinanya (tempat berlindung) dari bumbung zink dan ada pula yang hanya menggunakan dahan pokok untuk tidur dibawahnya.

‘Laluan’ Bencana itu (Gambar : BBC)

Ketika para penyelamat sampai untuk menyelamatkan, mangsa berkata kepada mereka :

“Tolong kami, beritahu dunia bahawa kami sedang menderita”

“Kami sudah tidak mempunyai tempat untuk tidur”

Mangsa itu bernama Pedro yang merupakan bapa kepada 3 orang anak, penduduk disana turut merasakan seperti mereka telah dilupakan oleh dunia.

Presiden Mozambique, Felipe Nyusi berkata lebih daripada 100,000 orang berisiko terjejas (oleh bencana itu).

Beliau juga bimbing angka tersebut akan terus meningkat sekiranya bantuan tidak segera tiba.

Gambar : BBC.com
Gambar : BBC.com
Gambar : BBC.com
Gambar : BBC.com
[youtube https://www.youtube.com/watch?v=Yx-C2pp4zqs?start=12]

Sumber : bbc.com

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.