Siakap Keli

“Perginya Di Hari Jumaat Hendak Tunaikan Ibadah, Semoga Syahid Disisi Allah SWT” – Mufti WP

Jenazah Mohd Haziq telah selamat disemadikan semalan bersama mangsa serangan yang terkorban di Christchurch Jumaat lalu.

Haziq sebelum itu didakwa hilang dan hanya ditemui beberapa hari selepas insiden tersebut.

Selain Haziq, ayahnya, Mohd Tarmizi antara yang tercedera dalam tragedi berdarah itu.

Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Dzulkifli Mohamad Al-Bakri dalam satu catatannya memberitahu bahawa pemergian Haziq akhirnya menemui jawapan.

Berehatlah dengan tenang, anakanda Haziq. Umat Islam seluruh dunia mendoakanmu. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum Mohd Haziq di atas pemergian insan yang tercinta.

Pemergiannya di hari Jumaat yang mulia, di dalam masjid, dalam keadaan bersedia untuk menunaikan ibadah, InsyaAllah dikurniakan dengan ganjaran yang besar.

Kami mendoakan semoga beliau mendapat syahid di sisi Allah SWT.

Kami menyeru kepada seluruh masjid dan surau jumaat dalam kawasan Wilayah Persekutuan untuk sama-sama menunaikan solat jenazah ghaib untuk semua mangsa tragedi di #Christchurch.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para syuhada’.

Nur Farra