Siakap Keli

Bayi Lima Bulan Maut Selepas Dikhatan Oleh Ibu Bapanya Sendiri Di Rumah

Seorang bayi lelaki berusia 5 bulan di Itali dilaporkan telah meninggal dunia dipercayai selepas dikhatan oleh ibu bapanya sendiri, menurut Dailymail.

Bayi malang berkenaan kemudian diterbangkan dengan helikopter ke Hopsital Bologna akibat serangan jantung selepas dkhatan, petang Jumaat lepas, dimana mangsa disahkan meninggal dunia pada malam hari yang sama.

Pihak polis yang mengklafikasikan kematian bayi tersebut sebagai kes bunuh telah pun menahan kedua-dua ibu bapanya untuk siasatan lanjut. Pasangan suami isteri tersebut berasal daripada Ghana.

Tahun lepas, insiden yang sama turut berlaku di Rome apabila seorang kanak-kanak berusia 2 tahun meninggal dunia akibat kehilangan darah selepas dikhatan sendiri oleh ayahnya dirumah.

Manakala kembar kepada kanak-kanak tersebut nyaris maut namun sempat diselamatkan selepas dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan kecemasan.

Kos untuk seseorang bayi atau kanak-kanak berkhatan di Itali sangat mahal terutamanya jika memilih untuk melaksanakan proses tersebut di klinik swasta.

Caj yang biasa dikenakan mencecah sehingga 4,000 Euro (RM 18,405).

Sumber: Dailymail

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.