Siakap Keli

Biarpun Masih Muda, Gadis 19 Tahun Ini Jana RM 1.5 Juta Dengan Buat Servis Cadang Nama Bayi Kepada Ibu Bapa

Beau Jessup – Anda mungkin pernah mendengar nama gadis berusia 19 tahun ini kerana kami pernah menyiarkan kisahnya pada 2016.

Usahawan muda ini mencipta satu sistem cadangan nama untuk ibu bapa di China yang mahu menamakan anak mereka dengan nama inggeris. Bunyinya sangat senang dan ringkas namun siapa sangka servis itu kini sudah menghasilkan RM1.5 juta untuk Jessup.

Di China, nama anak merupakan sesuatu yang penting. Bagaimanapun, disebabkan kesukaran akses internet di sana dan juga batasan bahasa, ibu bapa di sana tidak dapat menamakan anak-anak mereka dengan nama inggeris dengan mudah. Bagi Jessup pula, ini merupakan satu peluang perniagaan yang cerah.

Bermodalkan $2,000 yang dipinjam dari bapanya, Jessup mengupah seorang pereka web dan sistem untuk membuat sistem yang dinamakan The Special Name itu. Selepas itu, Jessup menghabiskan masa-masa terluangnya untuk memasukkan data nama ke dalam sistem tersebut mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan seperti personaliti.

Pada mulanya Jessup hanya memberi peluang kepada ibu bapa di sana menggunakan servis itu secara percuma untuk tujuan pemasaran dan promosi. Namun selepas digunakan oleh lebh 160,000 orang, Jessup mengambil keputusan untuk mengenakan caj terhadap servis itu dengan harga lebih kurang RM3.00 sekali cadangan.

Untuk menggunakan servis itu, ibu bapa hanya perlu memilih kriteria-kriteria yang disediakan, setelah itu sistem akan mengeluarkan nama cadangan.

Setakat ini, Jessup telah membantu mencadangkan nama lebih 677,900 bayi di China dan menghasilkan $400,000. Dia menggunakan wang-wang terbabit untuk membiayai yuran kolejnya. Yang lebih menarik, semua servis ini adalah automatik dan dia hanya memerlukan beberapa staf teknikal sahaja yang berada di China.

Kita mungkin terfikir kenapa ada orang sanggup membayar untuk cadangan nama bayi. Jessup menjelaskan persoalan itu di TEDTalk 2017 bahawa polisi cencorship di China dan kurangnya ilmu dalam bahasa inggeris menyebabkan ibu bapa di sana menamakan anak-anak mereka dengan nama-nama yang pelik, termasuklah “Rolex Wang” atau “Gandalf Wu”.

Siakap Keli

Berita sejurus ia berlaku? Itulah saya....