Siakap Keli
Gambar Kredit: Danandmoore

Nak Percutian Berbaloi Dan Sempurna, Ini Adalah 5 Destinasi Terbaik Wajib Kunjung

Ada yang dah beli tiket untuk pergi melancong tahun ni? Tahun 2019 menyaksikan banyak destinasi-destinasi baru untuk diteroka tak kira dalam mahupun luar Malaysia.

Kali ini SK kongsikan 10 tempat baru menarik yang boleh korang kunjung tahun ini.  Lepas ni dah boleh book tiket untuk cuti hujung tahun.

Juneau, United States

Siapa yang akan suka: Penggemar makanan

Kenapa perlu pergi tahun 2019: Juneau, Alaska akan mengadakan 2019 International Food Blogger Conference  memfokuskan makanan tempatan berasaskan buah-buahan, makanan laut, dan sajian eropah yang wajib untuk pencinta makanan cuba.

Hong Kong

Siapa yang akan suka: Solo traveler

Kenapa perlu pergi tahun 2019: Hong Kong merupakan kota kecil tapi penuh dengan budaya.  Terdapat beberapa tempat menarik yang seronok dijelajahi termasuk muzium, pusat kebudayaan dimana sangat sesuai untuk pengembara solo kerana Hong Kong merupakan ibu kota paling selamat dunia.

Yukon, Kanada

Siapa yang akan suka: Penggemar alam semulajadi

Kenapa perlu pergi tahun 2019: Wilayah Yukon terkenal dengan Aurora Oval yang merupakan fenomena paling indah di kawasan itu.

Yokohama, Jepun

Siapa yang akan suka: Penggemar sukan

Kenapa perlu pergi tahun 2019: Demam sukan akan berlangsung di Jepun sempena Kejohanan Ragbi Dunia bulan September ini.  Hanya 30 minit dari Tokyo, bandar ini meletakkan namanya dengan tarikan stadium terbesar yang boleh mengemudi 7 permainan besar dalam satu masa.  Selain itu, makanan juga antara yang menjadi tarikan ibu kota ini.

Litchfield National Park, Australia

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dan Moore | Travel Adventure (@danandmoore) on

Siapa yang akan suka: Escapist

Kenapa perlu pergi tahun 2019: Melawat ke taman negara ini akan buat kita lupa seketika dengan kesibukan kerja.  Selain pemandangan memukau, Litchfield menawarkan pelbagai aktiviti riadah menarik untuk dicuba.

Sumber: Buzzfeed

Nur Farra