Siakap Keli
Gambar Sekadar Hiasan

Nekad Sunatkan Sendiri, Bayi Lima Bulan Maut Di Tangan Ibu

Seorang bayi lelaki berusia lima bulan meninggal dunia selepas disunat oleh ibu bapanya di rumah.

Bayi tersebut telah dikejarkan ke hospital Bologna, Itali kerna mengalami pendarahan teruk dan dipercayai meninggal dunia di hospital pada hari yang sama.

Dalam kejadian yang sama, kembarnya juga hampir terkorban namun sempat diselamatkan melalui rawatan penjagaan instensif.

Walau bagaimanapun, kembar itu turut dibawa ke unit rawatan rapi untuk dibedah dan dijahit semula kesan potongan.

Ibu kepada kedua-dua bayi dikatakan mempunyai lima orang anak dan kesemua mereka disunatkan dengan cara yang sama.

Polis dalam pada itu telah menahan ibu dan bapa mangsa bagi siasatan lanjut.

Sumber: Daily Mail

Nur Farra