Siakap Keli
Gambar Hiasan

Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPTT) RM100 Mula Dibayar Hari Ini

Berita baik buat pelajar pengajian tinggi hari ini, seramai 1.2 juta penuntut warganegara Malaysia akan menerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) sebanyak RM100 setiap seorang yang belajar di institut pendidikan tinggi.

Sebelum ini Menteri di Kementerian Kewangan Malaysia telah mengumumkan pemberian itu yang akan terus dilaksanakan oleh kerajaan.

Bantuan BPPT akan didebitkan ke dalam Kad Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M) kepada 1.2 juta pelajar pra-universiti dan Institut Pengajian Tinggi (IPT).

Syarat Kelayakan Permohonan BPPT (Kad Debit Pelajar)

Pelajar-pelajar yang memenuhi semua kriteria berikut layak menerima BPPT :-

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa atau separuh masa pada tarikh 31 Disember 2017 di institusi pendidikan di Malaysia seperti berikut:-
    • a) Tingkatan 6, Senior Middle 3, Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Diploma Kolej Vokasional (Tahun 3 dan 4), Matrikulasi, Pengajian Asas (Foundation), Asasi, A-Level, Diploma, Diploma Lanjutan, Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah dan kursus profesional yang bertaraf diploma dan ke atas yang diiktiraf oleh Kerajaan atau badan-badan profesional di Malaysia; atau
    • b) IPT di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) atau IPT yang telah berdaftar di bawah akta-akta yang berkuatkuasa.

Sumber: UPU, Guru Online

Nur Farra