Siakap Keli

Ketua Polis Malaysia Terima Anugerah Darjah Utama Bakti Dari Presiden Singapura

Presiden Singapura, Halimah Yacob telah menganugerahkan Darjah Utama Bakti kepada Ketua Polis Malaysia, iaitu kepada Inspektor-Jeneral Polis Mohamad Fuzi Harun semalam.

Anugerah itu adalah atas jasa yang ditaburkan oleh Tan Sri Fuzi dalam memperkukuhkan hubungan antara kedua buah negara selain terjalinya kerjasama dua hala antara Polis Diraja Malaysia bersama dengan Pasukan Polis Singapura (SPF).

 

Selain itu, pengiktirafan ini juga adalah atas sumbangan Tan Sri Fuzi dalam menjaga keselamatan Singapura dan rantau ini dalam menangani masalah serangan pengganas, dadah dan jenayah rentas sempadan.

SPF juga menambah bahawa kepimpinan dari Tan Sri Fuzi juga menyebabkan hubungan persahabatan antara kedua negara menjadi semakin kukuh khususnya dalam kerjasama di bidang siasatan, maklumat dan pertukaran perisikan serta dalam pembinaan keupayaan dan latihan.

“Pasukan Polis Singapura dan Polis Diraja Malaysia sudah menjalin hubungan dua hala yang erat dengan satu matlamat yang sama iaitu, memerangi jenayah rentas sempadan. Pasukan Polis Singapura akan terus bekerja rapat dengan Polis Diraja Malaysia dalam memerangi ancaman-ancaman baru dan menular,” kata Pesuruhjaya Polis Hoong Wee Teck.

Sebelum upacara tersebut, Tan Sri Fuzi membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Lee Hsien Loong, Menteri Ehwal Dalam Negeri merangkap Undang-Undang K Shanmugam dan Encik Hoong.

Sumber: Berita MediaCorpĀ 

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia