Siakap Keli
Gambar Hiasan

150 Kedai Mamak Di Seremban, Hanya Satu Miliki Sijil Halal

Baru-baru ini Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) menjalankan gerakan di sekitar Seremban bagi mengenal pasti premis yang mempunyai sijil Halal.

Mengejutkan ‘ops’ itu mendedahkan hanya satu premis makanan nasi kandar di negeri berkenaan memiliki sijil halal, ini bermaksud 149 lagi masih tidak memegang sijil itu.

Memetik Bernama, lima aduan diterima JHEAINS bagi tempoh tiga bulan tahun ini, berkaitan keraguan pengguna mengenai sijil halal yang dipamerkan premis tertentu.

“Bagi premis makanan Melayu di negeri ini, tiada satu pun yang mempunyai sijil halal. Jadi kita minta untuk mereka ini memohon persijilan halal,” kata Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd Yusof Ahmad.

“Pemantauan bersama agensi kerajaan yang lain akan dilakukan dari semasa ke semasa, untuk memastikan premis-premis makanan di negeri ini mempunyai sijil halal,” katanya.

— BERNAMA

Nur Farra