Siakap Keli

Khas Untuk Golongan B40 dan M40, Aplikasi Pinjaman Mikro Pertama Di Malaysia Dilancarkan

Pernah tak anda berada dalam situasi terdesak? Rasa teringin akan sesuatu namun ada sahaja yang menghalang niat anda untuk memilikinya. Mungkin juga ada di antara anda yang berniat untuk mencari duit tambahan dan mahu mencuba nasib dalam perniagaan namun tidak mempunyai modal. Semuanya bermula dengan satu kekangan utama iaitu dari segi kewangan, duit. Alahai sedihnya rasa hati.

Ditambah pula dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang meningkat, pastinya ia menjadi satu bebanan kepada anda. Tiap bulan duit habis untuk membayar segala komitmen, akhirnya tinggallah beberapa ratus sahaja baki untuk survive. Perbelanjaan semakin tinggi, duit pula semakin surut maka terpaksalah anda mengikat perut menunggu hujung bulan.

Malah sekiranya membuat permohonan pinjaman di semua institusi mahupun bank pastinya memerlukan tempoh yang lama serta prosedur yang rumit. Dan disebabkan kekangan itulah ramai yang terjerat dengan skim pinjaman wang dari syarikat tidak berlesen.

Gambar : Huffingtonpost

Pinjaman Terbaik Untuk Golongan B40 Dan M40 Diluluskan Oleh KPKT

Golongan B40 yang berpendapatan RM 3000,00 dan M40 (RM 6247,00) selalunya mempunyai halangan untuk mendapatkan pinjaman disebabkan beberapa faktor antaranya adalah kerana mempunyai rekod kurang baik dengan CTOS atau CCRIS. Memahami tekanan kewangan yang dialami oleh golongan tersebut, pihak Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memberi lesen dan meluluskan satu skim yang terbaik untuk mendapatkan pinjaman. Skim ini juga telah ditadbir di bawah Akta pemberi Pinjam Wang 1951.

Pinjaman Disalurkan Dalam Tempoh 1 Hari Sahaja

Pada kebiasaannya apabila membuat peminjaman dengan semua institusi, tempoh masa untuk anda mendapat wang akan mengambil masa selama beberapa hari, minggu mahupun bulan, Jangan bimbang kerana kini pinjaman boleh disalurkan terus kepada anda dalam tempoh 1 hari (bekerja) sahaja.

 

Aplikasi Mudah Alih Pinjaman Mikro Berautomasi Malaysia Yang Pertama

Untuk yang memerlukan wang dalam masa singkat dengan prosedur mudah, anda semua wajib tahu tentang Goodkredit. Ia merupakan aplikasi mudah alih pertama seumpananya yang menyediakan pinjaman peribadi jangka pendek yang tidak bercagar. Lebih menarik, Aplikasi GoodKredit Ini sememangnya direka untuk membantu masyarakat Malaysia dengan pinjaman mikro jangka pendek.

Gambar : GoodKredit

Peluang Keemasan Yang Belum Pernah Dilaksanakan Sebelum ini

Menurut ketua Pegawai Eksekutif GoodKredit Cheok Tuan Oon, aplikasi ini diwujudkan untuk menyediakan pinjaman yang lebih cekap dan berskala kepada mereka yang memerlukannya. Ia merupakan peluang terbaik yang perlu direbut oleh semua yang menghadapi masalah kewangan.

Sungguh bermanfaat, Goodkredit bukan sahaja wujud untuk menyediakan dana, malah ia untuk menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya tanggungjawab dan disiplin dari segi kewangan.

Gambar : GoodKredit

Pinjaman Tunai Mikro Jangka Pendek Untuk Membantu Anda Di Saat Kecemasan

Perkhidmatan GoodKredit ini menawarkan pinjaman mikro antara RM 1,000 sehingga RM 10,000. Ia merupakan pinjaman berbentuk tunai yang tempoh bayaran balik selama enam, sembilan atau dua belas bulan dengan Kadar Peratusan Tahunan (PR) sebanyak 18% tanpa cagaran atau penjamin.

Miliki Pinjaman Segera Dengan Hanya 3 Langkah Mudah

Amelia Tan, Ketua Pemasaran dan Komunikasi GoodKredit menyatakan bahawa aplikasi pinjaman mikro Goodkredit ini dengan hanya 3 langkah sahaja.

1. Hanya perlu memuat turut aplikasi GoodKredit di Apple App Store dan Google Play Store.

2. Isi semua maklumat yang diperlukan.

Masukkan nombor telefon dan kata laluan pilihan anda dan ikut arahan seterusnya.

3. Kini anda sudah boleh mengakses ke dalam aplikasi GoodKredit.

Pilih pinjaman, isikan maklumat berkenaan diri anda dan sertakan dokumen yang diperlukan.

 

Selaras dengan keperluan pematuhan yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), pinjaman akan disalurkan oleh GoodKredit hanya dalam tempoh satu hari bekerja.

Untuk maklumat lanjut mengenai proses permohonan pinjaman mikro dan tawaran lain oleh GoodKredit, sila layari laman web rasmi di www.goodkredit.com.my dan laman Facebook GoodKredit Malaysia. Haa, apa tunggu lagi, terus muat turun aplikasi GoodKredit di Google Play Store dan Apple App Store.

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.