Siakap Keli
Gambar: ABC News & Line Today

Demonstrasi Terlalu Bising, Pelajar Taekwondo Dan Pekerja Gimnasium Pamer Kehebatan Masing-Masing

Seni mempertahankan diri, Taekwondo sangat terkenal di serata dunia dan tidak terlepas juga negara Malaysia. Seni mempertahankan diri itu mendapat sambutan dalam kalangan kanak-kanak mahupun orang dewasa. Tujuan Taekwondo dipelajari adalah untuk mempertahankan diri.

Namun, lain pula yang berlaku di sebuah pusat membeli-belah di China apabila pelajar Taekwondo dengan berpakaian lengkap Taekwondo terlibat dalam pergaduhan. Pada peringkat awalnya, pengamal Taekwondo dilihat membuat demonstrasi untuk mempromosikan sekolah mereka dan mengeluarkan bunyi yang terlalu bising.

Lantaran itu, beberapa pekerja gimnasium muncul dihadapan mereka menyebabkan berlaku pertelagahan. Disebabkan pekerja gimnasium mempunyai kelebihan dari segi fizikal, pertelagahan yang berlaku boleh dikatakan berpihak kepada mereka.

Gambar: Line Today

Namun begitu, dalam rakaman lain dari sudut yang berbeza, didapati pengamal Taekwondo merebahkan badan mereka ke lantai dengan sengaja. Tindakan tersebut berkemungkinan untuk menampakkan seperti mereka cedera ketika pihak polis dan keselamatan tiba di kawasan tersebut.

Gambar: Line Today

Sumber: Line Today

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa