Siakap Keli

Lagenda Bola Sepak Selangor Meninggal Dunia

SHAH ALAM, 6 Mei (Bernama) — Lagenda bola sepak Selangor, Anuar Abu Bakar, 48, meninggal dunia akibat kanser hati di Hospital Shah Alam, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Perkara itu disahkan menerusi akaun Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dimandikan pagi esok dan solat jenazah akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada jam 9.30 pagi sebelum dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21, di sini.

Anuar yang aktif sekitar tahun 90-an pernah membantu pasukan Red Giants menjadi Juara Piala Liga Premier dan Juara Piala Malaysia selain pernah menyarung jersi pasukan Johor, Pulau Pinang serta Kelantan.

Allahyarham juga pernah menyarung jersi kebangsaan antara tahun 1993 hingga 1997 dan beraksi di posisi tengah dan penyerang.

Sumber: BERNAMA

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Editor: Fazidi

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di