Siakap Keli

Pernah Dianggap Mandul, Usaha Wanita Ini Untuk Dapatkan Anak Tercapai Setelah 26 Tahun Menderita

Kehidupan seorang wanita selalunya dianggap sempurna. Tetapi jika terjadi seperti wanita ini sangat sedih kerana dia dilahirkan tanpa rahim disebabkan oleh kecacatan kongenital.

Sifat yang tidak pernah berputus asa telah memberikan kejadian yang luar biasa kepada pasangan suami isteri Kayla Edwards dan Lance. Impian Kyla,27 tahun tercapai untuk menjadi seorang ibu setelah empat kali rawatan menanam embrio sejak tahun 2017.

Doktor mencuba pada awalnya hanya tiga kali sahaja tranpalntasi tetapi semuanya tidak membuahkan hasil, tetapi pada tahun ini, sekali lagi dengan kaedah yang sama pada bulan Januari lepas telah membuahkan hasil dan akhirnya hamil.

Pasangan ini sanggup merantau dari Washington ke Texas. Walaupun agar sukar kerana berjauhan dengan keluarga tetapi mereka yakin disitu adalah tempat yang sesuai untuk mencuba.

Wanita yang mengalami masalah ini biasanya ovari akan berfungsi dan mengalami tanda-tanda akil baligh secara normal tetapi tidak dapat menjangka tempoh tersebut. Penyakit ini selalunya dihidapi oleh satu daripada 4,500 kelahiran wanita di seluruh dunia.

Teknik ini sudah dikembangkan di beberapa buah negara iaitu di Sweden, China, Jerman dan Turki.

Kayla menderita sejak berumur 16 tahun lagi sewaktu kali pertama dia pergi berjumpa doktor mengatakan dia tidak berupaya untuk hamil dan mungkin dikategorikan sebagai mandul. Dengan usaha yang dilakukan, akhirnya pasangan ini akan menimang cahaya mata pada bulan Oktober ini.

 

Sumber: Dailymail

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang