Siakap Keli

”Saya Bersumpah, Akaun Saya Digodam”, PU Abu Doa ‘Pelaku’ Sebar Berita Kahwin Di Siam Diberi Petunjuk

Berita tentang perkahwinan yang berlaku di sempadan Thailand, seorang pendakwah bebas yang lahir dari rancangan Pencetus Ummah (PU), Abu Sufyan bersama dengan pengasas kosmetik yang dikenali sebagai Hana Azraa adalah palsu.

Berita yang telah menarik perhatian masyarakat terutamanya pengguna media sosial ini bermula apabila bekas isteri PU Abu atau nama sebenarnya Abu Sufyan Mohd Mokhtar Rozaidi yang telah mengeluaran kenyataan penceraian mereka di IG miliknya.

Mereka bercerai menerusi aplikasi Whatapps dengan keadaan bekas isterinya mengandung 7 bulan. Namun, PU Abu mengelak untuk mengulas kenyataan bekas isteri.

Tengah malam selasa, muncul lagi satu kisah apabila perkahwinan keduanya bersama janda anak satu itu berlangsung di negara jiran. Berita itu telah tersebar di IG milik dia sendiri. Walaubagaimanapun, dia kemudianya menafikan sekeras-kerasnya apa yang di ‘post’ itu adalah berita sebenar selain bersumpah akaun IG miliknya telah digodam.

                                     

“Saya bersumpah dengan nama Allah bahawa akaun saya telah dihack pada jam 12.03 malam tadi”

“Ada individu yang tidak bertanggungjawab telah menggodam instagram saya yang membuat kenyataan tersebut”

Dalam posting yang sama juga kemudiannya beliau berharap agar semua pihak berhenti untuk menyebarkan berita palsu tersebut.

                                       

“Pernikahan saya dan Hana Azra adalah di bawah pengetahuan family kami berdua. Tolong jangan sebarkan berita palsu pada bulan mulia ini. Jangan cemarkan bulan yang mulia ini. Saya doakan ‘seseorang’ itu di beri petunjuk,” tulisnya.

Selain IG, Facebook dan Gmail miliknya juga digodam namun beliau sudah mendapat kembali dua akaun tersebut kecuali Gmail. Beliau juga menunjukan beberapa screenshort keratan bukti akaun miliknya telah digodam.

                                   

Kontroversi perkahwinan PU Abu bermula pada bulan April apabila bekas isterinya mengeluarkan kenyataan bahawa PU Abu meminta untuk berpoligami selepas 2 bulan perkahwinan mereka. Bekas isterinya juga mendakwa penceraian tersebut adalah disebabkan pihak ketiga yang merupakan kenalan lama PU Abu.

Sumber: Instagram PU Abu

Nur Shuhada Ahmad

part-time manusia