Siakap Keli
FB Abdul Jalil Rahman

”Hati-Hatilah Ketika Memandu”, Sedih Apabila Spesis Terancam Di Taman Negara Mati Akibat Dilanggar

Malaysia merupakan negara yang sangat bertuah, bukan sahaja didiami oleh pelbagai kaum dengan penuh aman damai, malah kita juga dikurniakan keindahan dan keunikan alam semulajadi.

Hutan rimba kita dipenuhi dengan pelbagai spesis haiwan dan tumbuhan yang jarang ditemui di negara lain. Antaranya ialah Malay Civet serta Leopard Cat.

Leopard Cat(Foto: TripAdvisor)

Akan tetapi, keunikan spesis ini nampaknya tidak mampu menghalang mereka daripada terbunuh secara sia-sia.

Abdul Jalil Abd Rahman, seorang pemandu pelancong alam sekitar yang bertugas di Taman Negara Kuala Tahan, baru-baru ini telah berkongsi satu cerita menyedihkan mengenai dua spesis ini melalui laman Facebook-nya.

Masing-masing seekor haiwan daripada spesis tersebut telah mati dilanggar dan sebagai seorang yang rapat dengan alam semulajadi, ia pastinya menyayat hati beliau.

Beliau juga merayu agar pemandu di luar sana agar memandu dengan lebih berhati-hati, terutama pada waktu malam. Ini kerana haiwan-haiwan liar ini biasanya akan menjadi tidak tentu arah jika terkena pancaran lampu yang kuat.

Malay Civet(Foto: Ecology Asia)

Tambahnya lagi, sekiranya perkara ini terus berlaku, tidak mustahil spesis-spesis terancam sebegini akan pupus sekaligus mengakibatkan negara kehilangan aset eko-pelancongan yang sangat bernilai.

Diharapkan dengan penulisan kali ini dapat membantu orang ramai untuk menyedari mengenai betapa bernilainya hidupan liar di sekeliling kita seterusnya lebih menghargai nyawa setiap daripada mereka.

Sumber: FB Abdul Jalil Rahman

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi