Siakap Keli

“I Love You 3000,” Ini Rahsia Ucapan Morgan Kepada Tony Yang Peminat Marvel Perlu Tahu

Menakjubkan, walau baru ditayangkan sejak 24 April lalu, Avengers : Endgame telah pun berjaya mengutip USD2 bilion di seluruh dunia. Ini menjadikan ia sebagai filem kedua memperolehi kutipan tertinggi menewaskan Star Wars:The Force Awakens, Titanic dan pesaing terdekatnya iaitu Avangers : Infinity Wars.

Sudah pasti ramai yang telah menonton filem ini dan dalam keterujaan itu semestinya anda tidak sempat mengesan pesanan rahsia, mesej atau pentunjuk yang cuba disampaikan dalam Avangers : Endgame. Manakan tidak, filem ini merupakan kesinambungan dari berapa puluh ceritera sepanjang 11 tahun. Jadi, pastinya ada makna disebalik setiap adegan yang telah diterapkan namun tidak kita sedari.

Jadi, di bawah kami telah senaraikan beberapa pesanan rahsia yang cuba untuk disampaikan kepada penonton :

1. Pesanan I Love You 3000

Jika sudah menonton filem ini, pastinya anda akan melihat babak di mana anak perempuan Tony Stark, Morgan mengatakan kepadanya ayahnya “I love you 3000” semasa di dalam bilik tidur. Ucapan itu seterusnya membuatkan Stark tersenyum bangga dan mengusik isterinya.

Ia bukan dialog kosong tetapi menurut seorang pengguna Twitter yang telah mengira durasi (runtime) ke semua filem ‘Marvel Cinematic Universe’ (MCU) termasuk filem terbaru mereka Spider-Man : Far From Home, jumlah kesemuanya menjadi kira-kira 3000 minit.

Jadi bila anda sebagai penonton mengucapkan kata-kata tersebut semua, ia seperti mengatakan bahawa anda sayang ke semua 23 filem Marvel itu.

Gambar : Ash

2. Ucapan Hail Hydra oleh Captain Amerika

Ada satu babak ketika Captain Amerika, Iron Man dan Ant-Man ke masa lalu sewaktu Pertempuran New York pada tahun 2012. Babak di mana Captain masuk ke lif yang dipenuhi oleh agen Hydra untuk dapatkan beg bimbit yang di dalamnya mengandungi tesseract.  Seperti yang diketahui, momen tersebut merupakan saat yang paling kontroversi.

Gambar : Youtube

Ini kerana filem ini dikaitkan dengan tindakan Captain Amerika yang berpaling tadah dan menjadi jahat dalam buku komik Secret Empire.Jalan cerita dalam buku tersebut tekah membongkarkan rahsia terbesar Steve Rogers yang selama ini sebenarnya berkhidmat untuk Hydra.

Disebabkan perkara itulah para peminat Marvel, terutamanya peminat Captain Amerika mula membenci watak Steve Rogers. Dan pengambaraan masa dalam dalam Avengers : Endgame ini sepertinya untuk menutup kesalahan dulu dengan cara yang halus dan menarik.

Sumber : Game Radar

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.