Siakap Keli
Gambar: Daily Star, Extra Bucaramanga

Pemain Bola Maut Diserang Sakit Jantung Lepas Minum Air Sejuk Sejurus Perlawanan Tamat

Seorang pemain bola amatur dilaporkan telah meninggal dunia kerana diserang sakit jantung sejurus selepas dia meminum segelas air kosong yang mengandungi ketulan ais selepas tamatnya perlawanan yang disertainya itu.

Ludwin Florez Nole, 27, yang baru sahaja selesai bermain bola mewakili Los Rangers yang bertapak di wilayah Sullana, Peru, dikhabarkan berasa tidak sedap badan selepas dia meminum air sejuk tersebut lalu dia terus dihantar pulang ke rumahnya.

Isterinya menjelaskan bahawa suaminya itu telah minum segelas air sejuk. ‘Sejurus selepas daripada itu dia telah mengadu merasa sakit di dada, jadi saya pun terus membawanya ke klinik yang berdekatan bagi mendapatkan rawatan. Namun malangnya, dia telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan menuju ke klinik itu,’ katanya.

‘Selepas doktor memeriksanya, doktor memberitahu pada saya bahawa suami saya itu telah mengalami serangan jantung kerana dia telah meminum air sejuk dengan kuantiti yang banyak semasa badannya masih lagi panas.’ Ujarnya.

Pihak medik percaya bahawa air sejuk boleh menyebabkan perubahan dalam kadar denyutan jantung, dan ianya menjurus kepada refleks kardiovaskular.

Keadaan ini diklasifikasikan sebagai jarang ditemui apabila ianya membabitkan dengan meminum air yang sejuk, walaupun seperti yang sedia maklum pencemaran organisma yang kecil berlaku di dalam air hanya boleh menyebabkan kekejangan perut dan lain-lain lagi yang seumpama dengannya.

Sebagai contoh, kandungan arsenik yang terdapat dalam air boleh menyebabkan seseorang itu mengalami sakit kepala, sakit perut, sawan, cirit-birit, muntah-muntah dan yang paling teruk sekali ialah kematian.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right