Siakap Keli
Foto: Twitter @GambarKlasik

(Gambar) Begini Rupanya Poster Promosi Jualan Murah Hari Raya Zaman Dahulu

Setiap kali menjelang Hari Raya, sudah pasti ramai di antara kita yang akan membeli belah untuk memperlengkapkan persiapan bagi menyambut hari istimewa dalam kalendar Islam itu.

Tambahan pula, pada waktu inilah banyak peniaga-peniaga atau pemilik perniagaan mengadakan pelbagai tawaran dan promosi jualan murah bagi menarik lebih ramai pelanggan.

Hari ini, kita sering melihat jualan-jualan murah diiklankan di kaca televisyen, laman media sosial atau secara atas talian serta banting-banting besar digantung di hadapan unit-unit kedai.

Bagaimanapula dengan zaman dahulu kala? Apakah pula bentuk promosi atau poster yang digunakan pada waktu itu?

Kepada generasi muda, anda bertuah kerana akaun Twitter Gambar Klasik(@GambarKlasik) telah memuatnaik foto-foto poster jualan murah zaman dahulu melalui kicauan mereka semalam.

Malah, foto-foto ini juga telah mengimbau kenangan bagi mereka yang telah berusia. Poster-poster pada zaman dahulu adalah unik kerana keseluruhan daripada grafik yang ada padanya adalah hasil lukisan tangan.

Beberapa contoh ejaan lama juga dapat dilihat pada poster-poster di atas antaranya ialah sa-kumpulan(sekumpulan), untok(untuk) dan chorak(corak).

Selain itu, apa yang menarik minat pembaca ialah harga-harga barangan yang ditawarkan. Sebagai contoh, sehelai baju “kemeja sport” boleh didapati dengan harga serendah $3.50 serta kain sarung hanya dijual pada harga $2.75.

Foto: Twitter @GambarKlasik
Foto: Twitter @GambarKlasik

Walaubagaimanapun, harus diingat bahawa nilai matawang pada ketika itu tidak sama dengan sekarang dan harga tersebut bukanlah terlampau murah ketika itu.

Kicauan ini telah mendapat sambutan di Twitter apabila mendapat 1.3k tanda suka serta 1.7k re-tweet. Bagi anda yang mahu melihat lebih banyak kiriman gambar lama, anda boleh ikuti @GambarKlasik di Twitter.

Sumber: Twitter @GambarKlasik

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi