Siakap Keli
Gambar sekadar hiasan

Jumlah Kelahiran Di AS Cecah Tahap Paling Rendah Dalam Tempoh 32 Tahun

Washington : Jumlah kelahiran di Amerika Syarikat sekali lagi merosot pada 2018, mencecah paras terendah dalam tempoh lebih tiga dekad, lapor agensi berita China Xinhua memetik statistik kerajaan yang keluarkan pada Rabu.

Dengan sejumlah 3,788,235 kelahiran pada 2018 — angka paling rendah sejak 1986 — jumlah bayi yang dilahirkan turun dua peratus berbanding tahun 2017, menurut laporan Pusat bagi Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Laporan CDC juga mengatakan bahawa 2018 adalah tahun keempat berturut-turut berlakunya penurunan kelahiran.

Di samping itu, kadar kesuburan keseluruhan negara, atau purata bilangan kanak-kanak seorang wanita dijangka lahirkan semasa hidupnya berdasarkan kadar kelahiran semasa, mencecah jumlah paling rendah iaitu 1.73 pada 2018, yang menyaksikan penurunan sebanyak dua peratus.

Sumber : Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.