Siakap Keli
Foto: The Motley Fool/YouTube

Lapangan Terbang Ini Pegang Status “Tersibuk Di Dunia” Untuk Tahun Ke-21 Berturut-Turut

Trafik udara pada hari ini boleh dikatakan sangat sibuk di mana secara purata sebanyak 3,300 pesawat sedang berada di udara pada satu-satu masa, menurut FlightRadar24.

Namun tahukah anda bahawa sebuah lapangan terbang di Atlanta telah memegang status sebagai lapangan terbang paling sibuk di dunia selama 21 tahun berturut-turut?

Ya, lapangan terbang yang dimaksudkan ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta di mana pada tahun 2018, seramai 107,394,029 penumpang telah menggunakan lapangan terbang berkenaan.

Mereka juga adalah merupakan lapangan terbang paling banyak pelepasan dan pendaratan di dunia.

Foto: Atlanta.net

Menariknyak, Atlanta bukanlah kawasan tumpuan pelancong namun lapangan terbang itu berjaya mengatasi Lapangan Terbang Beijing di tempat kedua(101 juta penumpang) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Beijing(90 juta) di tempat ketiga yang lebih popular di kalangan pelancong.

Anda mungkin berfikir mengapa mereka tidak bangunkan satu lagi lapangan terbang di sana. Tetapi tidak boleh melakukannya sehingga sekurang-kurangnya tahun 2037.

Ini kerana pengurusan bandar Atlanta telah menandatangi perjanjian dengan Delta Airways, sebuah syarikat penerbangan yang berpangkalan di bandar tersebut untuk tidak membina sebarang lapangan terbang baru di sana selama 20 tahun bermula dari tahun 2017.

Untuk pengetahuan anda, Delta Airlines adalah penerbangan kedua paling popular di dunia dan pernah menjadi yang pertama sebelum dipintas oleh American Airlines yang telah bergabung dengan U.S Airways.

Berikut adalah senarai 10 lapangan terbang paling sibuk di dunia sepanjang tahun lepas:

Kredit: Reader’s Digest

Sumber: Reader’s Digest

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi