Siakap Keli

“Mata Boleh Jadi Kabur Dan Kering,” Ketahui 4 Kesan Penggunaan Gajet Terhadap Mata Anak Anda

Terdapat beberapa jenis masalah penglihatan yang boleh berlaku seawal kelahiran disebabkan faktor genetik. Namun di zaman ini, kerosakan mata kanak-kanak banyak berlaku disebabkan faktor luaran, iaitu pendedahan mata kepada skrin TV mahupun peranti elektronik seperti handphone.

Mana tidaknya, sana sini kita tengok anak-anak makin asyik dengan Ipad dan handphone walaupun masih menghisap botol susu! Dengan alasan untuk diamkan mereka supaya tidak meragam.

Perkara ini bukanlah perkara biasa, saya yakin kebanyakkan para ibu bapa sudah tahu kesan penggunaan gajet ini, namun tiada pilihan. Mungkin anda pilih jalan mudah tetapi membawa padah pada anak anda sendiri.

Penggunaan gajet yang berterusan boleh memberi kesan kepada mata. Sedar atau tidak, anak-anak kita sekarang terdedah kepada gajet canggih ini. Jadi, mainkan peranan anda, awasi dan terhadkan masa mereka bersama gajet.

Antara kesan penggunaan gajet ke atas mata kanak-kanak adalah seperti:

1. Penglihatan kabur

Penurunan tahap penglihatan yang teruk akan menyebabkan sakit kepala dan penglihatan berganda.

2. Mata Kering

Kedudukan kanak-kanak semasa menggunakan alat peranti yang tidak sesuai akan menyebabkan masalah mata kering, mata penat dan kesakitan bahu dan leher. Mungkin ini juga akan berlaku pada orang dewasa jika anda tidak mengawalnya.

3. Peningkatan Myopia

Penggunaan gajet juga akan menyebabkan regangan bebola mata turut berlaku apabila proses akomodasi berlaku pada masa yang sama.

4. Kerosakan saraf mata akibat pendedahan terhadap cahaya biru dan skrin paparan gajet

Jika sinar UV dapat ditapis oleh kornea dan kanta kristalin dalam mata chaya biru berupaya menebusi sehingga ke peringkat saraf mata.

Sedarlah wahai ibu dan bapa, sewaktu anda lahirkan mereka di dunia penuh kesempurnaan di wajah mereka, tetapi akibat leka dan ambil mudah, penggunaan gajet secara berterusan akan mnyebabkan mata kanak-kanak menjadi juling bukan kerana genetik tetapi kesalahan yang kita lakukan.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang