Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Sudah Berusaha Yang Terbaik Untuknya,” 7 Tahun Terlantar Menderita Penyakit SLE, Gadis Ini Akhirnya Hembuskan Nafas Terakhir

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Sering kita dengar tentang kisah ibu tiri yang garang dan tidak keperimanusian terhadap anak tiri kerana itu bukan dari darah dagingnya sendiri. Namun hakikatnya, masih ada lagi ibu tiri yang penuh dengan sifat kasih sayang dan ikhlas menolong untuk menjaga anak suaminya.

Pernah sekali Siakap Keli menerbitkan kisah seorang ibu tiri yang sangat baik hati menjaga dan membesarkan anak tirinya yang terlantar sakit sejak berusia 17 tahun. Kini gadis tersebut, Nurul Natasha 24 tahun meninggal dunia akibat menderita penyakit SLE yang hanya bergantung pada bantuan oksigen untuk hidup. Nurul menghembuskan nafas terakhir pada 11.28 pagi tadi di rumahnya.

Nurmaliani menyatakan kasih sayangnya pada Allahyarhamah tidak pernah berbelah bahagi walaupun hanya seorang anak tiri. Sejak Nurul terlantar, ibu tirinyalah yang mengambil alih untuk menjaganya sejak kehilangan ibu kandungnya sejak umur 14 tahun.

Menurutnya lagi, sekiranya ditakdirkan Nurul pergi pada bulan Ramadan dan hari yang baik, sudah tiada erti penyesalan lagi di hatinya kerana usahanya untuk menyembuhkan Nurul sudah cukup terbaik sehinggakan Allahyarhamah boleh memanggilnya “mak”.

Sebentar tadi .. Kak Pah menerima panggilan telefon memaklumkan bahawa Nurul yang sekian lama menderita lupus – SLE baru saja menghembuskan nafas terakhirnya. Kisah arwah pernah Kak Pah tulis dan kongsi di sini sebelum ini . Kita ada melancarkan tabung untuk meringankan tanggungan keluarganya.

Akhirnya. sebentar tadi, arwah dijemput pulang mengadap Maha Penciptanya. Perginya di hari yang baik dan bulan yang mulia ini moga menempatkan rohnya di kalangan syuhada.

Kak Pah imbas kembali sedikit tentang arwah .. arwah dijaga oleh ibu tirinya Pn Marliani setelah ayahnya barkahwin dgn Pn Marliani ketika arwah berusia 9 tahun setelah kematian ibu kandung .

Ketika berusia 17 tahun, arwah mulai jatuh sakit. Selepas SPM , arwah melanjutkan pelajaran di sebuah IPTS di KL dan ketika di sana arwah memaklumkan kepada ibu tirinya, badannya tiba-tiba bengkak dan sakit. 
Arwah di bawa pulang ke Sg Petani dan sejak itu .. dari hari ke hari keadaannya bertambah teruk. Arwah terpaksa berhenti belajar bila akhirnya disahkan SLE.

Apakah SLE?. Sistemik lupus eritematosus (SLE) atau lupus, adalah penyakit kronik “autoimmune” di mana antibodi seseorang bertindak-balas dengan tisu badan pesakit itu sendiri. Ini menjejaskan beberapa bahagian sistem tubuh seperti kulit, sendi, buah pinggang, paru-paru, sistem saraf, atau organ-organ lain di dalam badan. Keadaan kesihatan arwah menyebabkan kehidupan mereka telah berubah. Ayahnya tidak lagi bekerja seperti dahulu. Kalau dulu, dia menjadi pemandu sepenuh masa, kini dia bekerja mengikut gaji hari dan trip.

Semuanya kerana dia terpaksa berulang alik ke hospital membawa arwah mendapatkan rawatan. Habis mereka bergolok bergadai demi merawat arwah. Dua tahun lalu , arwah juga telah menjalani kemeoterapi sebanyak enam kali dan sejak itu keadaan kesihatannya semakin merosot hinggalah akhirnya sejak dua bulan yang lalu, arwah hanya mampu terlantar dan memerlukan bantuan oksigen sepenuhnya . Arwah juga perlu menjalani pemeriksaan di hospital dua minggu sekali. Dan sejak dua bulan lalu, ayahnya semakin kurang keluar bekerja kerana selalu saja terpaksa bekejar ke hospital tengah malam kerana keadaan arwah yang semakin tenat.

Bagi ayahnya, Encik Othman. beliau rela mengepikan sementara kerjanya walaupun sedar risikonya mereka akan kesempitan kerana ingin memberikan yang terbaik buat arwah.

Jauh di sudut hatinya, sekiranya ditakdirkan arwah pergi, sama seperti yang pernah dialami oleh arwah ibunya akibat sakit yang sama ini dulu .. sudah tiada penyesalan lagi di hatinya kerana telah berusaha memberikan yangterbaik buat arwah. 
Bahkan dalam linangan air mata. Pn Nurmaliani menyatakan kasih sayangnya pada arwah tidak berbelah bahagi walaupun hanya anak tiri, apatahlagi sejak terlantar …arwah hanya mampu memanggil namanya.

Jazakumullahu khairan katsira kepada semua di luar sana yang pernah membantu arwah dan keluarga ketika hayat.

 

 

Sumber: Natipah Abu

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang