Siakap Keli
Gambar: Budget Direct

Wanita Lebih Bijak Uruskan Duit Berbanding Lelaki-Kajian

Kaum wanita berjaya mengatasi kaum lelaki dalam soal pengurusan kewangan kerana mereka boleh memegang pada bajet yang telah ditetapkan serta kurang berbelanja pada barangan yang tidak diperlukan, menurut kajian yang dilakukan di British.

Mereka dilihat lebih bertanggungjawab dalam soal kewangan dan lebih cenderung untuk mengetahui tentang berapa nilai wang yang tinggal di dalam akaun bank mereka.

Gambar: AD Metro

Kajian yang dilakukan ini mendapati bahawa kaum lelaki lebih gemar membuat pembelian yang mengikut nafsu. Lelaki dianggarkan akan membelanjakan wang sebanyak RM 355 secara purata berbanding perempuan yang hanya membelanjakan sebanyak RM 286 sahaja.

Perempuan juga didapati sering menetapkan dan berdisiplin dalam membelanjakan duit supaya tidak lebih daripada bajet yang telah ditetapkan mereka.

Sejumlah 52 peratus perempuan menyatakan bahawa mereka tidak sanggup mengambil risiko dalam aspek kewangan berbanding sejumlah 41 peratus lelaki yang menyatakan sebaliknya.

Kebanyakan wanita juga didapati mempunyai dua akaun bank iaitu akaun simpanan dan akaun semasa.

Walaupun mereka telah dibuktikan sebagai pandai menguruskan kewangan, perempuan sering dilabelkan sebagai pembeli yang suka membeli mengikut keinginan dan kehendak hati mereka, sungguhpun begitu, mereka akan memilih untuk membeli sesuatu dengan harga yang rendah berbanding lelaki.

Gambar: CNBC.com

Kajian tersebut juga mendedahkan bahawa tiga daripada lima pasangan beranggapan bahawa pasangan mereka pandai menguruskan kewangan, manakala 72 peratus lagi menyatakan bahawa mereka tahu menguruskan kewangan mereka sendiri.

Namun, lebih satu pertiga mengaku bahawa mereka akan menyembunyikan pembelian yang tidak sepatutnya daripada pasangan mereka.

Lebih mengejutkan, sejumlah 15 peratus orang mengaku bahawa mereka tidak mengetahui tentang baki duit yang ada dalam akaun bank mereka.

Bila ditanya tentang risiko kewangan, satu daripada sepuluh orang tidak kisah untuk membelanjakan sejumlah wang yang besar manakala 44 peratus lagi menyatakan sebaliknya.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right