Siakap Keli
Foto: Mr. Bean Fandom

Pernah Jadi Kereta Roda Tiga Terlaris Di UK, Ini Info Menarik Tentang Kereta ‘Musuh’ Mr.Bean

Bagi generasi yang lahir pada tahun 90-an, pasti kenal dengan watak Mr. Bean, pelawak yang menghiburkan orang tanpa mengeluarkan sepatah perkataan, tetapi mampu membuatkan orang tertawa dengan telatah lucunya.

Selain watak teddy bear berwarna coklat, Mr. Bean sinonim dengan kereta kecil berwarna hijau pucuk pisang yang menjadi ‘kenderaan pelbagai guna’ Mr. Bean yang sering bertembung dengan musuh misterinya yang menaiki kereta biru beroda tiga, Reliant Regal.

(Gambar: Akki Mewada)

Walaupun identiti pemandunya tidak diketahui sehingga kini, Reliant Regal telah berjaya mencuri tumpuan golongan yang sukakan kereta klasik ekonomik yang unik.

Kereta beroda tiga itu bukan sahaja menjadi lagenda dalam sitkom tersebut, bahkan menjadi lambang inovasi dan kebijaksanaan kejuruteraan syarikat yang menghasilkannya.

Dihasilkan oleh Syarikat Motor Reliant di Staffordshire, kereta tersebut merupakan model pertama yang dihasilkan dengan panel aluminium dan bingkai kayu pada tahun 1950-an, membuatkannya menjadi kereta yang ringan pada 355.6 kilogram sahaja!

*Bukan dicipta untuk drift

https://www.youtube.com/watch?v=QQh56geU0X8

Ekonomik

Secara mekanikalnya, Regal seolah-olah gabungan hibrid antara motosikal dan kereta, reka bentuk yang membuatkannya menjadi kenderaan ekonomi yang lebih murah untuk dihasilkan.

Disebabkan rekabentuk dan beratnya yang ringan, Regal dikelaskan sebagai motosikal atau tricycle yang mempunyai cukai lebih rendah daripada kereta. Bahkan, di beberapa negara termasuk Britain, pemiliknya tidak

memerlukan lesen memandu kereta untuk mengendalikan kenderaan tersebut.

Boleh mencapai kelajuan 136 km per jam, Regal mampu bergerak sehingga 100 kilometer hanya dengan 3.36 liter minyak!

Disebabkan krisis harga minyak yang berlaku pada masa itu, permintaan terhadap kereta ekonomi itu mencecah 110,000 unit, menjadi kenderaan roda tiga dengan jualan terbaik di UK sepanjang masa.

Foto: Gauk Motors

Sumber: Engineering and Technology

Amira

Love yourself.