Siakap Keli
Gambar Hiasan

Elak Diri Jadi Mangsa, Ini Taktik Penjenayah Curi Maklumat Korang Dari Mesin ATM

Mesin juruwang automatik atau lebih selalu disebut sebagai ATM adalah sejenis peranti berkomputer yang digunakan untuk sebarang aktiviti transaksi kewangan tanpa memerlukan perantaraan manusia. Seiriing dengan kemajuan ekonomi, kebanyakan mesin ATM akan ‘mengenal pasti’ identiti pelanggan melalui kad ATM yang dilengkapi dengan jalur magnetik atau kad pintar (cip).

Setiap hari, kita dapat melihat mesin-mesin ATM di cawangan bank mahupun di kawasan lain sentiasa dipenuhi oleh orang yang mahu menyelesaikan urusan masing-masing seperti pengeluaran, pemindahan wang, penambahan nilai kredit mahupun pembayaran bil utiliti.

Walaupun nampak selamat kerana dilengkapi dengan sistem keselamatan, tapi sedarkah bahawa anda masih boleh terdedah dengan jenayah apabila menggunakan mesin tersebut?

Sebenarnya, ada 3 makumat penting yang penjenayah mahukan daripada anda

[1] Nombor kad ATM

[2] Nombor pin ATM

[3] Maklumat peribadi yang terkandung dalam jalur magnet kad ATM

Kaedah Yang Selalu Digunakan Oleh Penjenayah

Seperti yang diterangkan tadi, untuk ‘mencuri’ duit dari kad ATM anda, mereka memerlukan sekurang-kurangnya dua perkara ini iaitu maklumat dalam jalur magnetik (kad ATM). Manakala untuk ‘mencuri’ data dalam kad bank (Skimming) anda pula, mereka pada kebiasaannya akan menggunakan kaedah-kaedah ini :

[1] Skimmer

Skimmer adalah peranti yang boleh ‘membaca’ maklumat yang terkandung dalam jalur magnet pada kad anda. Mereka dilampirkan di atas slot kad di ATM. Apabila seseorang memasukkan kad mereka ke dalamnya, data mereka dipindahkan oleh skimmer ke peranti elektronik penjenayah terbabit.

Gambar : Flickr

[2] Kamera Tersembunyi

Kamera ini digunakan bersama dengan skimmer untuk merakam video nombor PIN anda. Kamera boleh diletakkan di beberapa lokasi seperti di ATM itu sendiri (berhampiran pad kekunci atau di atas skrin) atau tempat berdekatan. Kamera ini sangat kecil, boleh disembunyikan walaupun di bahagian lubang kecil di ATM.

Gambar : Flickr

[3] Guna Keypad Palsu

Jangan tak tahu bahawa penjenayah sentiasa mencari cara untuk menipu termasuklah menggunakan plat ‘keypad’ palsu. Plat ini digunakan untuk ‘merakam’ dan ‘mengingati’ nombor pin anda.

Gambar : Flickr

[4]  Skimmer Palsu

Mengesan skimmer palsu adalah sukar kerana rupanya yang mirip dengan ATM biasa dari segi bentuk, warna, dan komponen. Tetapi anda boleh berwaspada dengan tanda seperti kesan retakan, calar atau sebarang tanda kerosakan lain pada bahagian skimmer berkenaan.

Gambar : Flickr

[5] Peralatan Berlebihan

Cuba periksa sekeliling mesin ATM itu sekiranya ada peralatan ‘lebih’ tidak jelas fungsinya.

Gambar : Flickr

[6] Perbezaan Dari Segi Bentuk, Komponen, Warna, Atau Kontur ATM.

Gambar : Imgur

[7] Bahagian-bahagian yang Melekat Pada Slot Kad Tidak sekata.

Gambar : Flickr

Cara Untuk Elakkan Diri Dari Jadi Mangsa

Kami tak nafikan yang tindakan untuk memeriksa mesin ATM setiap kali hendak digunakan adalah rumit. Tapi sebenarnya anda masih boleh elakkan diri untuk menjadi mangsa, hanya perlu ikut beberapa langkah mudah ini sahaja :

[1] Gunakan kad dengan cip.

Selalunya penjenayah akan mencuri maklumat yang terkandung dalam jalur magnet. Tetapi untuk mencuri maklumat dalam cip adalah mustahil kerana perlindungan yang lebih canggih.

Gambar : Flickr

[2] Tutup pad kekunci dengan tangan

Pastikan anda menutup pad kekunci dengan tangan ketika menaip nombor PIN anda. Ini merupakan salah satu cara untuk  menghalang kamera tersembunyi daripada merakamnya.

Gambar : Flickr

[3] Gunakan ATM yang mempunyai perlindungan

Untuk lebih selamat, anda boleh gunakan ATM yang terletak di kawasan orang ramai  atau pun di cawangan bank sendiri, kerana ia mempunyai perlindungan yang lebih tinggi dan menyukarkan penjenayah untuk melaksanakan niat mereka.

[4] Hadkan penggunaan dan transaksi harian adan

Sumber : Brightside 

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.