Siakap Keli
Gambar: Daily Express

Google Maps Kini Boleh Mengesan Kamera Perangkap Kelajuan

Sepertimana yang terdapat di aplikasi Waze, Goggle Maps kini telah mengeluarkan satu ciri tetapan terbaharu dalam pengeluaran amaran sekiranya ada kamera perangkap kelajuan atau operasi yang dilakukan oleh pihak polis berada berdekatan dengan pemandu yang menggunakan aplikasi tersebut semasa memandu.

Tetapan tersebut akan mengeluarkan satu ikon yang akan mengeluarkan amaran bahawa kamera operasi perangkap kelajuan berada berhampiran.

Walau bagaimanapun, tetapan terbaharu yang terdapat dalam aplikasi tersebut hanya boleh digunakan di 40 buah negara sahaja. Antara negara-negara tersebut ialah, Australia, UK, US, Russia, Brazil, Mexico, Canada, India dan Indonesia.

Walaupun ciri tetapan tersebut baru dikeluarkan oleh Google Maps, mereka sebenarnya merupakan tulang belakang bagi aplikasi navigasi yang popular iaitu Waze yang sudah lama ada ciri tetapan tersebut dalam aplikasi mereka.

Ramai yang tertanya-tanya tentang bilakah ciri tetapan yang ada dalam Waze dapat dinikmati oleh pengguna Google Maps selepas syarikat gergasi tersebut membeli Waze dengan harga sebanyak USD 1.1 billion pada lima tahun yang lalu.

Seperti yang terdapat dalam aplikasi Waze sebelum ini, pengguna Android boleh melaporkan jika ada kemalangan atau trafik yang teruk supaya informasi tersebut dapat dimanfaatkan oleh pengguna yang lain.

Berikutan dengan ciri tetapan terbaharu ini, Google berharap bahawa ciri tetapan tersebut dapat dimanfaatkan oleh pengguna aplikasinya dalam merancang perjalanan dengan lebih efisien.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right