Siakap Keli
Gambar: Ali Slim/Daily Mirror

Bukti Plastik Susah Dilupuskan, Lelaki Ini Kutip Banyak Plastik Yang Berusia Lebih 30 Tahun Tapi Nampak Seperti Baru Dibuang

Tiada yang kekal di dunia ini. Semuanya bersifat sementara. Jasad manusia, haiwan dan tumbuhan pun akan terlerai setelah mati. Namun, sedar atau tidak sedar, ada satu benda yang tidak akan terlerai sehingga 1000 tahun.

Seorang lelaki berkongsi penemuan sekeping plastik pembungkus coklat yang dihasilkan pada tahun 1986. Plastik tersebut tidak menunjukkan tanda perubahan. Warna dan tekstur plastik tersebut masih utuh seperti baru.

“Plastik pembalut coklat pada tahun 1986 dijumpai di pantai, tapi kelihatan seperti baru dibuang semalam. Plastik mengambil masa 1,000 tahun untuk terlerai, itu pun kalau ia terlerai,” kata Ali Slim memetik gambar dari Beach Guardian.

Dalam bebenang tersebut, seorang pengguna Twiter, Ilfluencer turut berkongsi sebuah video yang menyarankan pengguna untuk mengurangkan penggunaan beg plastik khususnya ketika membeli buah-buahan dan sayuran di pasaraya.

“Hentikan penggunaan beg plastik yang terlalu banyak untuk mengisi pisang, oren, bawang dan sebagainya. Simpan plastik yang telah digunakan di rumah dan guna semula ia untuk pembelian seterusnya,” kata individu dalam video tersebut.

Laporan Mirror.uk turut berkongsi kompilasi gambar dari jurugambar hidupan liar, Jason Alexander, 47 yang mendokumentasikan foto-foto sampah dikutipnya di persisiran Suffolk.

Dia telah menemui 100 penutup gula-gula Smarties bertarikh antara 1970 hingga 1980 dan tin minuman jus yang dihasilkan pada tahun 80-an.

Antara penutup gula-gula yang ditemui. (Gambar: Daily Mirror)

Selain itu, dia juga menemui bungkusan kacang yang tamat tempoh pada Februari 1983, bekas marjerin dan cawan yoghurt daripada tahun yang sama.

Cawan yogurt. (Gambar: Daily Mirror)
Bekas marjerin. (Gambar: Daily Mirror)
Plastik bungkusan kacang. (Gambar: Daily Mirror)
Tin minuman. (Gambar: Daily Mirror)
Cawan minuman. (Gambar: Daily Mirror)

Sumber: Ali Slim, Mirror.uk

Amira

Love yourself.