Siakap Keli

“Hari Ini Politik Berada Pada Tahap Paling Busuk, Tuduhan Keji Hanya Nak Musnahkan Watak Seseorang” – KJ

Baru-baru ini tular sebuah rakaman video lucah yang dikatakan mirip seorang menteri di negara ini. Video yang didakwa dirakam di sebuah hotel itu menimbulkan kontroversi dan persoalan orang ramai yang terkejut dengan adegan ranjang itu.

Keadaan bertambah panas apabila hari ini, individu yang bersama menteri tersebut tampil membuat pengakuan terbuka bahawa adegan di dalam video tersebut adalah benar.

Susulan itu, Khairy Jamaluddin melalui satu kenyataan di laman Instagramnya meluahkan rasa kecewa beliau dengan apa yang berlaku di dalam politik negara pada hari ini.

Menurut beliau, bidang politik kini berada pada tahap terlalu kotor dengan tuduhan-tuduhan keji dengan niat utama memusnahkan watak seseorang. Beliau turut mempersoalkan adakah contoh begini mahu ditunjukkan kepada generasi akan datang.

Politik berada pada tahap paling ‘kotor’

Politik adalah bidang yang sukar. Kadang-kala ia kotor, kadang-kala ia berada pada tahap betul-betul kotor. Hari ini, ia berada pada tahap paling busuk sekali. Secara serius, kita sudah menjadi sebuah negara yang trauma dengan fitnah masa lalu.

Tuduhan-tuduhan keji dengan niat utama memusnahkan watak seseorang

Adakah kita benar-benar mahu mendedahkan generasi lain dengan tuduhan-tuduhan keji dengan niat utama memusnahkan watak seseorang?

Kejahatan akan merebak sekiranya diberi perhatian

Sekiranya anda menjumpai berita-berita teruk melibatkan politik kita pada hari ini, jangan peduli. Kejahatan akan merebak sekiranya diberi perhatian.

Sumber : Instagram khairykj

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.