Siakap Keli
Foto: UGSG

China Dilanda Gempa Bumi Pada Kekuatan 6 Skala Ritcher, Tiada Kemalangan Jiwa Dilaporkan

Penduduk di wilayah Sichuan telah dikejutkan dengan gempa bumi pada kekuatan sederhana kuat 6 skala ritcher. Bagaimanapun, setakat ini tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Menurut laporan sumber, gegaran itu berpusat berhampiran dengan bandar Yibin dan mempunyai kedalaman 16km. Media tempatan melaporkan gegaran ini turut dirasai di bandar-bandar utama lain termasuk Chengdu dan Chongqing.

Jabatan gempa bumi China pada mulanya meletakkan kadar kekuatan gegaran pada 5.8 skala ritcher, namun ia dikatakan sebenarnya sedikit lebih tinggi.

Walaubagaimanapun, gegaran gempa bumi bukanlah sesuatu yang janggal di kawasan tersebut. Ini kerana wilayah di sekitar barat daya China sering dilanda gempa sejak beberapa tahun lalu.

Untuk rekod, gempa bumi yang didakwa paling teruk pernah melanda Sichuan berlaku pada tahun 2008 apabila ia mempunyai kekuatan sehingga 8 skala ritcher dan mengakibatkan sekitar 70,000 orang maut.

Sumber: Straits Time

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi