Siakap Keli
Gambar Hiasan

Microsoft Tarik Balik Sekatan Terhadap Huawei, Jual Semula MateBook Secara Online

Microsoft telah membuat pilihan untuk teruskan menjual komputer riba jenama Huawei di laman sesawangnya setelah berhenti seminggu sejurus ada beberapa masalah yang berlaku antara pihak Huawei dan Presiden US.

Tindakan itu telah mencerninkan bahawa syarikat-syarikat di US tidak mempunyai apa-apoa masalah yang pernah didakwa oleh Presiden US sebelum ini. Langkah ini adalah satu tanda kerjasama yang baik oleh pihak Microsoft dan Huawei.

Pada bulan lalu, pihak kerajaan Us telah menyekat jualan produk Huawei  dengan menghilangkan bekalan peranti Microsoft pada MateBook X Pro dan menyekat selama 90 hari. Pada masa itu, Google sahaja yang bekerjasama dengan Huawei. Terkini, komputer riba pula dapat melepasi pasaran US.

Menurut jurucakap Microsoft, mereka sudah menilai kerumitan perniagaan, teknikal dan punca dari penambahan Huawei dihantar kepada Entiti Peraturan Pentadbiran Eksport Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat.

Kami tetap komited untuk menyediakan pengalaman pelanggan yang luar biasa. Penilaian awal kami tentang keputusan Jabatan Perdagangan AS mengenai Huawei telah menunjukkan bahawa kami mungkin terus menawarkan kemas kini perisian Microsoft kepada pelanggan dengan peranti Huawei, kata Microsoft.

Microsoft menerima pendapatan apabila syarikat Windows telah membayar lesen untuk peranti yang mereka hasilkan. Kebanyakkan Syarikat di US mengalami penurunan kadar penjualan kerana terpaksa mengurangkan produk jenama Huawei dipasaran.

3Sumber :  CNBC

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang