Siakap Keli
Gambar Public Health Malaysia

Remaja Hampir Maut, Muka Tertusuk Pisau Sepanjang 10 Inci

Kita sering mendengar kes ditusuk pisau pada mana-mana bahagian tubuh badan manusia, namun jarang sekali dengan kes yang satu ini lagi.

Kes tertusuk, maksudnya tanpa sengaja, Eli Greg, 15 ini, yang mukanya tertusuk ke pisau sepanjang 10 inci. Sangat mengerikan bukan.

Mujur tindakan cepat dilakukan oleh ibu si mangsa dan hasil dari kesungguhan doktor pakar bedah yang berusaha membantu Egi mengeluarkan pisau tersbut berjaya tanpa sebarang kecederaan berlaku pada struktur penting dalam kepalanya.

No photo description available.
Gambar Public Health Malaysia

Eli Greg,15 tahun sedang bermain di luar rumah apabila rakannya menemui sebilah pisau yang sangat panjang.

Kerana terlalu teruja, Eli terus berlari ke arah rakannya dan secara tidak sengaja tersadung jatuh dan mukanya tertusuk ke pisau sepanjang 10 inci!

Pisau tajam itu betul betul tercucuk di bawah matanya.

Jeritan remaja itu menyebabkan ibunya keluar dari rumah. Ibu mana yang tidak tergamam apabila melihat sebilah pisau ada dimuka anaknya dengan darah yang membuak. 

Ibunya TIDAK menarik pisau itu serta merta, talian kecemasan 911 segera dihubungi. Ambulan datang dan membawa remaja itu ke hospital kanak kanak berhampiran dan kemudiannya dirujuk segera ke Hospital Universiti Kansas

Ujian imbasan dilakukan. Pisau itu tertusuk dari hadapan muka merentas sepanjang kepala. Hujung pisau itu betul betul berada berhampiran dengan Carotid Artery, iaitu salur darah utama yang memberikan bekalan darah kepada otak. Doktor memberitahu dengan jelas kepada ibu bapa.

“Pembedahan ini SANGAT BERISIKO. Sedikit kesilapan boleh mengakibatkan pendarahan serius. Remaja ini boleh mendapat serangan stroke, hilang deria penglihatan dan mati”

Ibu bapa pesakit itu akur, dan mengharapkan keajaban berlaku. Doktor pakar bedah otak dan pasukkannya telah memasukkan saluran tiub dan belon disepanjang saluran darah tersebut.

Sekiranya salurah darah itu terpotong, ada tiub yang akan membantu menyalurkan darah ke otak. Selepas beberapa jam pembedahan, pisau itu berjaya dikeluarkan dengan jayanya. TIADA kecederaan berlaku pada struktur penting dalam kepala.

Hanya sedikit luka luaran yang kelihatan. Remaja itu telah sedar dan tidak mengalami sebarang risiko serius. Kes ini adalah satu kes yang sangat unik dan jarang berlaku.

Pengajaran untuk masyarakat di luar sana, sekiranya ada sebarang kecedaran melibatkan tusukan atau tikaman objek tajam,

JANGAN panik dan JANGAN tarik keluar objek tersebut serta merta.
Hubungi talian kecemasan dan dapatkan bantuan dengan segera.

Sumber: Public Health Malaysia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart