Siakap Keli
Gambar: Info Roadblock JPJ/Polis

(Gambar) TERKINI: 15 Pelajar Sekolah Di Pasir Gudang Alami Muntah, Sesak Nafas Susulan Pencemaran Udara

Pasir Gudang – Seramai 15 orang pelajar Sekolah Agama Taman Mawar mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas dipercayai akibat pencemaran udara di sini.

Pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Bomba Dan Penyelamat (JBPD) telah menerima panggilan kecemasan pada jam 3.30 petang tadi sebelum sebuah Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) bersama tiga anggota digegaskan ke lokasi untuk memeriksa keadaan.

 

“Pasukan EMRS BBP Pasir Gudang bertindak menghantar lima pelajar tersebut ke Hospital Sultan Ismail untuk mendapatkan rawatan lanjut. Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) dan EMRS Johor Bahru telah sampai ke lokasi untuk memberi bantuan dan tempat untuk nyah cemar juga sedang dijalankan,” kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Gudang, Ibrahim Omar dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian, didapati benar berlaku pencemaran udara. Terdapat 15 pelajar didapati mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas.”

Selain PDRM dan jabatan Bomba, petugas dari Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan Kementerian Kesihatan (KKM) telah turun ke kawasan kejadian.

Satu sidang media turut dijangka diadakan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Johor, Pauzan Ahmad pada bila-bila masa berhubung kes itu.

 

 

Sumber: BERNAMA, JBPD Johor Bahru, Info Roadblock JPJ/POLIS

Amira

Love yourself.