Siakap Keli
Gambar: Friend of Rakyat Palestine

Mengharukan, Kisah Tindakan Empat Pemuda Disebalik Gambar Ini Amat Menyentuh Hati

Setelah lebih 71 tahun, konflik antara Palestin-Israel belum menunjukkan petanda untuk reda.

Bagi menentang tekanan ke atas mereka yang kini hanya memiliki tanah sekangkang kera di Gaza, rakyat Palestin khususnya di Gaza melakukan perhimpunan seperti The Great Return March bagi menuntut kembali tanah mereka.

Menurut Al-Jazeera, sekurang-kurangnya 207 rakyat Palestin maut ketika himpunan The Great Return March pada tahun ini yang menuntut sekatan Israel-Mesir ke atas mereka (Palestin) dihentikan.

Baru-baru ini tular gambar 4 orang pemuda yang berlari sambil berpegangan tangan bagi melindungi seorang wanita di hadapan mereka dari menjadi sasaran penembak tepat Israel.

Gambar yang telah dikirim oleh Friends Of Rakyat Palestine pada 18 Jun lalu itu mendapat 1.4 ribu perkongsian di Facebook. Gambar berkenaan turut mendapat komen-komen bercampur-baur daripada netizen. Gambar berkenaan dipercayai diambil pada tahun lepas.

Dalam laporan Al-Jazeera, Menteri Kesihatan Gaza berkata seramai hampir 260 warga Palestin yang terbunuh di sempadan Israel-Gaza pada tahun lepas kebanyakannya ditembak oleh penembak tepat Israel.

Sumber: Friends of Rakyat Palestine

Amira

Love yourself.