Siakap Keli
Gambar: Mole.my

Kawasan Sungai Kim Kim Telah Dibersihkan Sepenuhnya – Zuraida

PUTRAJAYA, 24 Jun (Bernama) — Kawasan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang, Johor yang tercemar berikutan pembuangan sisa kimia sebelum ini telah dibersihkan sepenuhnya, kata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin.

Beliau berkata sisa berbahaya yang terkumpul telahpun dibawa ke Pusat Pelupusan Kualiti Alam untuk dihapuskan.

Zuraida berkata demikian dalam satu kenyataan bagi memperbetulkan kenyataan awalnya kepada media hari ini yang menyebut kes pelajar sekolah di Pasir Gudang mengalami sesak nafas dipercayai berpunca dari  sisa bahan kimia dari Sungai Kim Kim yang tidak diurus dengan baik.

Menurut Zuraida, beliau memperbetulkan beberapa fakta terdahulu berikutan maklumat terkini yang baru diterima.

Zuraida dalam kenyataan terdahulu dilaporkan berkata siasatan awal bomba mendapati bahan kimia daripada sisa toksik yang diserahkan kepada kontraktor pembersihan masih terbiar dan tidak dihapuskan sepenuhnya.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin sebelum ini dilaporkan mengesahkan Sungai Kim Kim telah bersih dan selamat setelah beberapa hari melalui kerja-kerja pembersihan.

Proses pembersihan sungai di kawasan terjejas sepanjang 1.5 kilometer yang bermula 13 Mac itu, berakhir sepenuhnya pada 17 Mac, melibatkan pelbagai pihak termasuk tiga kontraktor yang dilantik serta pihak berkuasa seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Sumber: BERNAMA

syafiq halim

Kami Juga Bersosial

Sekiranya anda ingin mendapat berita dari Siakap Keli pada 'News Feed' media sosial, anda boleh ikuti kami di