Siakap Keli

Penyelam ‘Hilang’ Ditemui Meninggal Dunia

Sebelum ini kita dilaporkan dengan berita bahawa seorang penyelam dikhuatiri hilang di perairan Miri pada Ahad lalu.

Seusai mendapat laporan kehilangan penyelam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Sarawak akhirnya berjaya menemui mangsa semasa operasi pencarian dilaksanakan oleh pihak mereka.

Mayat mangsa ditemui, tersangkut pada tali bubu pada kedudukan 0.3 batu nautika dari lokasi mangsa dinyatakan hilang pada 10.50 pagi tadi.

PENYELAM HILANG DI LAUT DITEMUI MENINGGAL DUNIA

KUCHING, 24 Jun –Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Sarawak berjaya menemui seorang penyelam yang hilang pada 23 jun di kedudukan kira-kira 4.5 batu nautika Barat Laut Miri pada jam lebih kurang 9.35 malam semalam.

Mayat mangsa ditemui tersangkut pada tali bubu pada kedudukan 0.3 batu nautika dari lokasi mangsa dipercayai hilang kira-kira jam 10.50 pagi tadi. Mayat mangsa terus dibawa ke Hospital Miri untuk pengesahan lanjut. Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 11.20 pagi.

Pejabat Maritim Negeri Sarawak dan ZM Miri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada agensi-agensi dan komuniti maritim yang terlibat di atas komitmen yang tinggi dan kerjasama di dalam operasi SAR yang dikoordinasikan ini.

Sumber: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia’s post

Eyen Mirlen

write deeply from your heart