Siakap Keli
Gambar: The Irish Times

Filipina Negara Asia Pertama Tawarkan 5G Julai Ini

Berikutan keperluan data pengguna sentiasa meningkat disebabkan oleh pelbagai aplikasi terkini seperti melayari laman Youtube ataupun NetfFlix dalam kualiti HD, teknologi 5G mula diperkenalkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi oleh rangkaian 4G. Teknologi 5G merujuk kepada penambahbaikan atau evolusi daripada rangkaian 4G yang terdahulu. Ianya mempunyai keupayaan untuk menghantar dan menerima data dalam waktu yang singkat.

Filipina dilaporkan akan menjadi negara pertama yang melancarkan jaringan 5G. Perkara ini telah diumumkan oleh syarikat telekomunikasi, Globe Telecom yang bakal menawarkan rangkaian 5G kepada pengguna di Filipina pada bulan Julai 2019. Walau bagaimanapun, liputan rangkaian terbaru ini akan terhad kepada kawasan yang terpilih sahaja dan memberi tumpuan kepada kawasan kediaman.

Gambar: Neotd.com

Pelan 5G yang boleh dinikmati hadir dengan kuota 2TB yang ditawarkan dengan kelajuan 20Mbps, 50Mbps, dan 100Mbps yang akan membelanjakan kos sebanyak RM153.14 (US $ 37), RM202.80 (US $ 49), dan RM235.91 (US $ 57).

Bagi negara Malaysia pula, rangkaian 5G ini dijangka akan dilancarkan pada tahun 2021 atau 2022 manakala Singapura akan menawarkan rangkaian terpantas ini kepada penggunanya pada tahun 2020.

Sumber: Mashable Se Asia

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa