Siakap Keli
Foto: The Beijing News

(Video)Sangka Anak Main-Main, Rupanya Anak Terkena Renjatan Elektrik Di Pasar Raya

Tidak dapat dinafikan bahawa kanak-kanak adalah golongan paling seronok ketika memasuki kompleks membeli-belah. Namun, kadangkala tingkah laku bahaya yang datang tidak berbau walaupun ibu bapa sudah cuba sedaya upaya untuk memerhatikan mereka.

Sama cerita mengenai satu kejadian yang berlaku kepada sebuah keluarga di China baru-baru ini di mana seorang gadis kecil tiba-tiba terkena renjatan elektrik.

Video mengenai kejadian itu telah dirakam, dipercayai oleh ahli keluarga mangsa sendiri. Melihat kepada video tersebut, tidak kelihatan sebarang bahaya yang boleh menimpa mangsa semasa dia sedang bermain berhampiran perhiasan di sana.

Akan tetapi, ketika sedang leka bermain tiba-tiba dia telah terjatuh dan terbaring ke lantai. Pada mulanya, ibu kepada gadis ini menjangka dia hanya bergurau.

Bagaimanapun, beliau mula terkejut dan menggelabah selepas menyedari bahawa anak gadisnya itu benar-benar telah terkena renjatan elektrik. Beliau kemudiannya memangku anaknya sambil menangis sebelum orang ramai mula datang membantu.

Menurutnya lagi, bibir anaknya ketika itu sudah mula bertukar kepada kebiruan dan kukunya bertukar hitam. Kawasan sekeliling kejadian juga berbau hangit seperti terbakar.

Gadis itu kemudiannya dikejarkan ke hospital dan menerima rawatan daripada doktor sebelum dibenarkan pulang. Doktor yang merawatnya memberitahu bahawa tiada sebarang kecedaraan serius pada anak gadis berkenaan.

Bercakap mengenai kejadian tersebut, pihak pasar raya memaklumkan bahawa kejadian itu disyaki berpunca daripada kegagalan kontraktor untuk mematuhi syarat yang telah ditetapkan.

Berikutan itu, kontraktor tersebut telah pun dikenakan tindakan.

Sumber: AsiaOne

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi