Siakap Keli
Gambar Hiasan

Tular Dakwaan Paksa Orang Asli Peluk Islam, MAIK Tampil Beri Kenyataan

Nama penempatan Orang Asli suku kaum Bateq menjadi sebutan masyarakat awam sejak akhir Ramadhan lalu tatkala ia dikaitkan dengan kehadiran ‘wabak misteri’ sehingga menyebabkan kematian.

Namun insiden ‘mistik’ berkenaan terbongkar ketika Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad memberi kenyataan bahawa wabak yang membelenggu penduduk Orang Asli berkenaan adalah demam campak.

Terbaru, mula tular ura-ura yang mendakwa bahawa Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah memaksa penduduk Orang Asli di daerah tersebut untuk memeluk Islam.  Justeru, Pihak MAIK tampil untuk memberi pencerahan mengenai isu ini.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Dr Nik Mohd Azlan Abd Hadi berkata, mereka yang memeluk Islam itu di atas kerelaan sendiri selepas menerima hidayah daripada Allah kerana Islam itu mengajar kehidupan yang lebih berkat dan ceria selalu.

Beliau berkata, jika ada pihak yang mendakwa MAIK memaksa Orang Asli peluk Islam ia sesuatu tohmahan yang tidak tepat dan sengaja untuk mengelirukan masyarakat berbilang kaum di negara yang mempunyai pilihan sendiri memeluk mana-mana agama.

Katanya, hanya yang diperjelaskan kepada Orang Asli menerusi dakwahnya bahawa agama Islam adalah yang terbaik dan menjadi pilihan kerana lebih suci dan ada batasan terbaik untuk diamalkan sepanjang hidup.

“Mereka yang mengeluarkan isu halangan itu mungkin dari pendapat dia sendiri dan di negara kita, hanya Islam agama rasmi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Mesra Aidilfitri bersama Masyarakat Orang Aslo di Kampung Aring 5 di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian semasa ditanya berhubung dakwaan pihak tertentu yang kurang senang hati dengan kerja dakwah MAIK yang memaksa Orang Asli memeluk Islam.

Sebelum itu, beliau turut menyampaikan sumbangan MAIK RM500 kepada setiap keluarga 15 Orang Asli suku Batek Kampung Kuala Koh yang meninggal dunia dipercayai jangkitan kuman demam campak baru-baru ini.

Dr Nik Mohd Azlan berkata, apa yang diperjelaskan dalam program dakwahnya mengenai kesucian agama itu dan selepas itu terserahlah kepada mereka untuk menilainya sebelum memeluk agama Islam.

“Apapun kita tidak akan berhenti program dakwah kerana ia amalan baik untuk memberi kesedaran bukan sahaja kepada yang sudah beragama Islam malah bukan Islam,” katanya.

Beliau berkata, MAIK melantik 60 guru agama dalam kalangan Orang Asli Kelantan dan mereka ini memberi bimbingan dan pendidikan agama itu supaya kaum berkenaan hidup dalam keadaan ceria dan penuh berkat.

Sumber :  BERNAMA

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.

Dari Wiser.my

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.