Siakap Keli
Suspek melompat ke atas kepala mangsa, membuatkan mangsa mengalami kekejangan (gambar kanan).

Jangan Sesekali Bergurau Main Kepala, Nurse Kongsi Kesan Buruk Ramai Yang Masih Belum Tahu

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Baru-baru ini tular kes buli melibatkan beberapa remaja di mana seorang pelajar lelaki dipukul oleh rakan-rakannya sehingga cedera.

Dalam video berdurasi 35 saat tersebut, seorang remaja berbaju biru dilihat melempang mangsa sehingga terjatuh ke atas lantai sebelum seorang remaja berbaju hitam melompat dan menghentak kakinya ke atas kepala mangsa.

Sejurus selepas itu, mangsa dilihat mengerang kesakitan dan mengalami kekejangan seperti sawan.

Menurut laporan media tempatan, mangsa mengalami muntah darah akibat pukulan itu.

Berikutan kes tersebut, seorang jururawat, Bel Nawhen mengingatkan orang ramai agar berhati-hati dan mengelakkan daripada menjadikan kepala sebagai sasaran ketika pergaduhan atau gurauan kerana akibatnya sangat berbahaya. Berikut adalah perkongsiannya.

Jangan Main Kepala!

Adik-adik.

Kalau boleh, nak gurau ke, nak buli ke janganlah dok main sepak terajang kepala. Kepala bukan bola apatah lagi tempurung kelapa boleh main sepak terajang ikut suka.

Kalau lihat salinan screenshot dari video yang saya sertakan disini, diakhir video itu kelihatan mangsa seolah sedang mengalami sawan sejurus selepas di lompat dikepalanya oleh pembuli.

Mangsa alami kekejangan dan kelihatan terketar-ketar sejurus kepalanya dihentak kaki suspek.

Kenapa tidak boleh melibatkan kepala?

1. Jika berlaku hentakan atau trauma di kepala ia boleh menyebabkan kecederaan kepada kulit, tengkorak atau otak.

Kredit: Mayfield Clinic

2. Kulit kepala boleh terkoyak dan jika kecederaan melibatkan salur darah besar, boleh berlaku perdarahan.

3. Kecederaan kulit kepala mengakibatkan benjol boleh menyebabkan perdarahan dibawah kulit kepala apabila darah berkumpul diantara kulit kepala dan tengkorak.

4. Berlaku keretakan pada tengkorak yang boleh menyebabkan kesan serius pada saraf dan otak.

5. Bila berlaku keretakan pada tengkorak, risiko jangkitan kuman boleh berlaku kerana kuman masuk melalui retak yang terhasil.

6. Kecederaan pada otak juga boleh berlaku menyebabkan pengumpulan darah dilokasi kecederaan.

7. Gegaran pada otak juga boleh berlaku apabila mangsa dihantuk kemana-mana atau ditendang sedemikian rupa lalu menyebabkan ketidakseimbangan dan gangguan pada sel-sel saraf.

Kredit: Mayfield Clinic

Antara simptom pendarahan dalam otak atau kecederaan pada otak adalah :
– Mangsa pengsan selepas trauma
– Sawan
– Muntah lebih dari sekali
– Amnesia/hilang ingatan
– Keliru
– Sakit kepala dan sakit mata apabila terdedah kepada cahaya.
– Darah atau cecair keluar dari hidung atau telinga
– Pupil atau mata hitam tidak sama saiz kedua-duanya.
– Penglihatan kabur atau nampak objek lebih dari satu.
– Otot menjadi lemah atau sebahagian/semua badan tidak boleh bergerak

Oleh itu, elakkan bergurau main kepala. Kepala ni tempat paling sensitif untuk dibuat main.

Sumber: Bel Nawhen, MayField Clinic, Medline Plus

Amira

Love yourself.