Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: Android Pit)

Cari Telefon Baru? Ini Alasan Utama Mengapa Korang Perlu Dapatkan Telefon HUAWEI Sekarang

Tahu tak, pada hari ini, seramai 2.7 bilion pengguna telefon pintar telah direkodkan di seluruh dunia, menurut laman Techjury. Dalam erti kata lain, ia adalah lebih kurang seorang daripada tiga penduduk Bumi adalah pengguna telefon pintar.

Bukan hanya pengguna, model telefon yang berada di pasaran sekarang pun boleh dikatakan sangat banyak untuk menjadi pilihan pengguna. Model-model ini dinilai dari pelbagai aspek sebelum dibeli sebagai contoh, harganya, kualiti binaannya, kualiti kamera serta keupayaan dalaman peranti tersebut.

Akan tetapi, kelebihan dan kelemahan sesebuah peranti itu bukan hanya dinilai pada perkara-perkara yang di atas sahaja, malah perkhidmatan selepas jualan dari pengeluar juga adalah satu aspek yang penting bagi pembeli.

Itulah yang membezakan HUAWEI dengan kebanyakan pengeluar lain kerana mereka adalah antara pengeluar yang paling kerap mengadakan tawaran-tawaran hebat serta servis lepas jualan yang menarik.

Sebagai contoh, mereka sebelum ini pernah mengadakan program pertukaran bateri dengan harga istimewa serta HUAWEI Service Day yang membolehkan anda menyelenggara dan membaiki peranti mereka.

Foto: Huawei Mobile

Bagi korang yang rasa tak pasti untuk beli telefon HUAWEI ketika ini, buang jauh-jauh perasaan tu. Sebaliknya, korang perlu dapatkan telefon terbaru korang secepat mungkin.

Kenapa kitorang kata macam tu? Mari sini kitorang kongsikan dengan korang empat(4) alasan kenapa korang perlu dapatkan telefon HUAWEI sekarang juga.

Warranti dua tahun, sekali ganda lebih lama dari yang lain

Warranti ni bukanlah benda asing jika kita pernah membeli telefon pintar sebelum ini. Namun, biasanya pengeluar hanya akan berikan warranti untuk tempoh satu tahun sahaja untuk semua model mereka. Tapi, lain pula ceritanya untuk HUAWEI.

Mereka kini sedang mengadakan tawaran khas “Program 1+1 Dua Tahun Warranti ” bagi beberapa model mereka yang sedang hangat di pasaran. Model-model yang terlibat dalam tawaran ini ialah siri P30, siri Mate20, siri nova 4, model nova 3i dan siri MediaPad M5.

Jadi, korang tak perlulah risau kalau telefon yang korang beli tiba-tiba ada problem ke, ada masalah screen blackout ke, dua tahun HUAWEI cover korang. Free je tukar baru tau. Untuk daftarkan warranti tu, korang boleh lakukannya melalui aplikasi HiCare yang ada pada telefon HUAWEI anda.

Tawaran ini terbuka dari 1 Julai hingga 30 September ni sahaja tau. Jangan lengah-lengah lagi, nanti terlupa, rugi pula terlepas tawaran ni. Untuk lebih maklumat lanjut mengenai program warranti tambahan ni, korang boleh klik je pautan ni.

Kredit: Huawei Mobile

Penawaran harga baru yang lebih murah

Teringin nak pakai HUAWEI P30 Pro yang viral dengan kemampuan zoom yang sampai boleh ambil gambar bulan tu? Sekarang adalah masa paling sesuai untuk korang milikinya.

Ini kerana, variasi 8GB RAM + 256GB bagi model berkenaan ditawarkan dengan harga yang lebih murah iaitu RM3,399 berbanding RM3,799 sebelum ni.

Bukan itu sahaja, dua lagi model mereka yang sedang laris di pasaran kini iaitu HUAWEI P30 dan HUAWEI nova 3i juga menerima harga runtuh. Model P30 kini hanya berharga RM2,299 manakala nova 3i pula hanya dijual pada harga RM799.

Kitorang ada satu info menarik untuk korang. Tahu tak, sebanyak 10 juta unit siri P30 sudah terjual dalam tempoh 85 hari sahaja. Maka, tak ada sebab untuk korang risau kalau nak beli telefon HUAWEI ni.

Siapa kata HUAWEI tak dapat update dah? EMUI 9.1 baru je release

Ramai yang mula risau mengenangkan nasib telefon HUAWEI yang dimiliki selepas syarikat itu dihimpit kontroversi. Lagi mengejutkan, ada antara diorang yang sanggup jual murah telefon masing-masing.

Akan tetapi, HUAWEI nampaknya terus membekalkan update pada peranti-peranti mereka. Baru-baru ini, pengguna siri Mate20 baru sahaja terima update EMUI 9.1 terbaru dari HUAWEI. Sebelum itu, model nova 3e dan Y9 2018 pun ada dapat update yang sama.

Foto: Huawei Mobile

Tambahan lagi, HUAWEI juga telah mengesahkan banyak lagi model yang akan terima update untuk sistem operasi EMUI 9.1 ini antaranya siri P20, siri Mate 10, siri Mate 9 dan siri P10. Untuk mengetahui pembaharuan menarik yang dibawa oleh kemaskini ini, korang boleh baca kiriman kami yang terdahulu di pautan ini.

Boleh join pertandingan fotografi Next-Image Awards yang tawarkan hadiah menarik

Pengguna HUAWEI mungkin pernah mendengar pertandingan ini, tetapi bagi yang tidak pernah dengar atau bukan pengguna HUAWEI, Next-Image Awards ini adalah satu pertandingan fotografi yang dianjurkan oleh mereka secara tahunan.

Menariknya, pertandingan ini menawarkan hadiah-hadiah yang sangat lumayan. Sebagai contoh, pada edisi tahun ini, HUAWEI menawarkan hadiah bernilai $20,000 atau lebih kurang RM82,000 kepada pemenang kejohanan itu.

Foto: Huawei Mobile

Namun, untuk menyertainya, anda hanya boleh mengambil gambar menggunakan peranti HUAWEI sahaja. Maka, bagi sesiapa yang belum mempunyai peranti HUAWEI, sila dapatkan segera kerana pertandingan itu akan berakhir 31 Julai ini. Sempat lagi korang nak ikut serta ni.

Kitorang rasa cukuplah dengan empat(4) perkara ini untuk dijadikan alasan yang cukup kukuh mengapa korang semua perlu mendapatkan peranti HUAWEI untuk diri masing-masing dengan kadar yang segera.

Dengan adanya penawaran warranti selama dua tahun, harga baru yang lebih murah, ketersediaan update EMUI 9.1 terbaru serta bagi memenuhi syarat untuk menyertai pertandingan fotografi Next-Images yang menawarkan hadiah lumayan, tidak syak lagi sekarang adalah waktu yang paling tepat untuk korang dapatkan sebuah peranti HUAWEI.

Tak cukup lagi? HUAWEI ada satu lagi sebab yang sangat menarik. HUAWEI akan mengadakan Promosi “Online IT Fair” melalui gedung rasmi atas talian mereka, bermula dari tarikh 1 Julai hingga 8 Julai ini. Promosi yang berbeza akan dijalankan setiap hari, jadi korang kena masuk HUAWEI Online Official Store setiap hari supaya tak terlepas apa-apa promosi menarik nanti.

Bagi yang berminat, selain melawat HUAWEI Online Official Store setiap hari, korang juga boleh mengikuti laman rasmi HUAWEI Mobile di Facebook untuk perkembangan lanjut serta mengetahui promosi dan tawaran hebat dari HUAWEI selepas ini. Percayalah, korang takkan kecewa.



Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi