Siakap Keli
Gambar Hiasan

“Kalau Saya Riba, Anak Saya Mungkin Meninggal,” Ibu Kongsi Penting Letak Anak Dalam ‘Car Seat’

Saban hari kita akan dipaparkan dengan berita kemalangan jalanraya yang melibatkan kenderaan bermotor. Malah, Statistik Kemalangan Jalan Raya yang dicatatkan oleh Jabatan keselamatan Jalan Raya Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Menurut Datuk Kamarudin Jaffar, Timbalan Menteri Pengangkutan, purata kematian disebabkan kemalangan adalah seramai 18 orang setiap hari sepanjang tahun 2018 yang lalu.

Namun yang paling menyentuh hati kita tatkala yang terlibat dalam kemalangan itu adalah anak kecil. Bayangkan, bayi kecil tidak berdosa terpaksa menganggung derita seumur hidup akibat dari kecuaian. Bukan mendoakan tetapi mengingatkan, lebih baik mencegah dari menerima padah.

Seorang wanita telah berkongsi pengalamannya sendiri sewaktu berdepan dengan detik genting hampir bergelut dengan maut sewaktu terlibat dalam sebuah kemalangan.

Maaf sebab saya kongsi gambar kereta, ini kereta kami. Pada hari ke 36 hari saya berpantang.

Kami terlibat dalam kemalangan jalan raya, lori masuk laluan bertentangan dan langgar kereta kami saya, suami dan baby baru 36 hari (tak habis pantang lagi) dalam perjalanan balik ke rumah.

Apa yang saya nak share kat sini berapa penting baby car sit. Masa kejadian saya dan baby duduk belakang. Saya tercampak ke depan dekat pemandu Dan baby dalam baby car sit beralih ke sebelah kiri dari kanan.

Andai kata saya riba anak saya waktu tu, anak saya mungkin dah patah atau meninggal. Suami cedera teruk. Saya dan anak cedera ringan. Allah lindungi kami…

Saya mula letak anak dalam baby car sit selepas 1 minggu lepas keluar hospital. Nak pergi ke klinik check kuning pun saya letak dalam baby car sit. Ramai yang tegur.Baby kecil lagi dah letak dalm car sit. Nanti sakit belakang. Sit baby pakar dah test beratus kali untuk pastikan keselamatan baby.

Kenapa saya share?. Sebab saya yakin ramai ibu-ibu riba anak masa dalam kereta. Ibu-ibu semua kejadian nak berlaku kejap je.

Nyawa anak sangat berharga, pakai kan lah baby car sit untuk anak-anaak kite. Car sit harga 100 lebih je. Nyawa anak bayar 1 juta pun tak mampu pulang kan balik.

Carilah carseat yang sesuai dengan anak dan baby. Less than 2 years patutnya kena menghadap belakang lagi. Ada certain parent, terlalu excited nak letak anak dalam carseat menghadap depan.

Tak semua carseat sesuai dengan anak dan tak semua yang sesuai dengan anak sesuai dengan kereta. Jangan salah beli.

Sumber : Norhannie Salleh

Fildza Zainal

No matter what people tell you, words and ideas can change the world. So pick up the pen and write.