Siakap Keli

Berang Selalu Main Depan Laman Rumah, Wanita ‘Lambung’ Kucing Depan Pintu Rumah Jiran

Kucing merupakan haiwan peliharan yang disukai oleh ramai orang kerana haiwan tersebut mempunyai sifat yang manja dan suka dibelai. Namun, tidak semua orang menyukai haiwan berkenaan sehingga ada yang sanggup bertindak kejam kepada haiwan tersebut.

Terbaru, tular dalam media sosial barat, memperlihatkan tindakan seorang wanita yang mencampak seekor kucing ke arah rumah jirannya. Tindakan tersebut diambil disebabkan berang terhadap kucing itu yang kerap memasuki kawasan tamannya. Akibat daripada tindakan tersebut, kucing itu dilaporkan mengalami kecederaan pada bahagian tisu lembut.

Menerusi rakaman kamera litar tertutup CCTV, wanita berkenaan telah membaling kucing yang diberi nama Shadow berusia lapan bulan itu ke arah pintu rumah jirannya. Sambil membaling, wanita tersebut juga menjerit, ‘Saya akan halaunya keluar’ dengan harapan pemilik kucing tersebut sedar.

Namun, tindakannya itu membawa padah apabila dia disabitkan dengan kesalahan dan juga dibicarakan di mahkamah.

Menurut wanita itu, dia terganggu dengan kelibat kucing berkenaan yang kerap datang ke halaman rumahnya. Oleh sebab itu, majistret telah menjatuhkan hukuman terhadap wanita tersebut dengan perintah melakukan kerja kemasyarakatan sepanjang tempoh 12 bulan berserta aktiviti pemulihan selama 30 hari.

Dia juga dikenakan denda sebanyak £85 (RM442) berserta surcaj korban dengan nilai yang sama.

Menurut pemilik kucing berkenaan, Kevin Yarham, kucing peliharaannya berada berhampiran dengan rumah jirannya itu kerana ia gemar meneroka dan merayau.

Shadow hanya berada berhampiran kawasannya. Kucing melakukan apa yang mereka ingin lakukan, mereka adalah haiwan yang suka meneroka dan juga bebas untuk merayau.

Sumber: Metro UK

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa