Siakap Keli

Pengarah Filem Joker Bersedia ‘Kecewakan’ Peminat

Todd Phillips, pengarah filem Joker terbaru yang bakal dibintangi oleh Joaquin Phoenix menyatakan bahawa dia tidak akan mengikuti jalan cerita seperti dalam komik. Cerita dalam filem akan jadi jauh berbeza.

Phillips bersama pasukan penulis Joker yang lain, mengambil langkah berani yang dikatakan bakal membuatkan peminat dan penonton merasa kecewa. Mereka meninggalkan plot siri asal DC Comics (1975-76) dan mencipta kisah menjadi Joker.

“Kami tidak mengikuti apa yang terdapat dalam buku komik dan nampaknya peminat akan menjadi marah. Kami menulis versi kami sendiri, di mana lelaki seperti Joker boleh muncul.” Jelas Phillips dalam pelancaran NME.

Phillips yang juga pernah mengarahkan trilogi Hangover sejak tahun 2009 menambah, “Bahagian itu sangat menarik bagi saya. Tapi kami sendiri tidak pernah mengerjakan Joker, tapi cerita tentang bagaimana menjadi Joker. Kisah ini sepenuhnya berkaitan dengan lelaki itu.”

Joker, nama sebenar Arthur Fleck, merupakan pelawak yang gagal. Dia telah berusaha, namun masih tidak dapat mencapai kejayaan sesuai dengan impiannya. Perlahan-lahan, Fleck berubah menjadi dalang kepada penjenayah psikopat. Fleck kehilangan akal fikir sihat dan akhirnya, menjadi penjahat titular yang sering melakukan jenayah di Gotham City.

Joker ini mendapat taraf status tontonan R atau Restricted, di mana dalam filem ini akan ada adegan dewasa dan oleh itu, penonton umur bawah 17 tahun perlu dipantau oleh orang dewasa semasa menonton.

Phillips berkongsi berita melalui laman akaun Instagramnya. Dia menjawab soalan-soalan daripada peminat sambil memohon maaf. “Filem ini akan mendapat rating R. Saya sering ditanya tentang ini dan saya fikir orang sudah tahu mengenainya. Maaf.” Tulisnya ketika itu.

Joker adalah filem live action Batman pertama yang mendapat rating R sebelum ini. Satu-satunya filem francais DC mendapat rating yang sama ialah animasi Batman: The Killing Joke yang dikeluarkan paa tahun 2016.

Selain Phoenix, pelakon veteran Robert De Niro juga akan muncul dalam filem ini, bersama dengan Zazie Beetz, Marc Maron dan Frances Conroy. Filem yang mempunyai anggaran US $ 55 juta dikatakan langkah baru bagi Phillips.

Joker dijadualkan akan ditayangkan pada bulan Oktober.

Sumber: CNN Indonesia

Eyen Mirlen

write deeply from your heart