Siakap Keli

“Bukan Budaya Kita Dan Adab Islam,” Yana Ajar Anak Jangan Cium Mulut, Itu Bukan Adab Islam

Masalah seksual dalam kalangan kanak-kanak kini telah menjadi barah di dalam masyarakat kita. Perkara ini berikutan kerana kanak-kanak terdedah dengan unsur-unsur berkenaan tidak kiralah di rumah dan juga di dalam komuniti masyarakat kita. Ramai pihak yang menyuarakan kebimbangan terhadap isu ini kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran dan pembesaran kanak-kanak tersebut.

Turut terkesan dengan masalah ini, selebriti tempatan, Yana Samsudin juga tidak mahu perkara ini terjadi kepada anaknya. Perkara ini berikutan perkongsian yang dibuat melalui laman Facebook peminatnya  yang menceritakan pengalaman anaknya, Aisy Mateen.

Semalam , anak saya Aisy Mateen tetiba cium mulut saya ketika saya tengah tengok tv.

Saya terkejut. Tak tahu siapa buat dengan dia.

Saya bagitau dia , cium kat pipi dan dahi boleh , mulut jangan!

Kalau ada orang lain nak buat cakap no!! Jerit kuat kuat! Benda tu salah! Bagitau mommy daddy siapa
Yang buat.

Cium pipi dan dahi Mommy daddy, opah dan tok daddy je boleh.

Orang lain jangan….
pastu minta dia repeat apa yang kita cakap atau buat tanda sign…

Hahaha nervous mommy kang tetiba kat sekolah tadika nanti dia cium
Kawan dia pulak tanda sayang… 

Ada 2 kali pengalaman , masa mateen umur setahun lebih gitu.

Kat satu kat kedai makan jasmine ttdi. Ada stranger datang buat buat buat berbual dengan kita, dia cakap dia suka budak lepas tu dia kata dia takda anak walaupun dah lepas kahwin. lepas tu dia hulur rm1 kat mateen , then tetiba dia cium mulut maten ! Zap!! Dan terus blah!!! In a second! I terpaku terus eh apa ko buat ni ?

Terus lap lap mulut mateen dan masa tu perasaan aku macam aku yang kena moles! Eiii rasa nak marah. Sampai rumah tak masih tak boleh terima kenyataan. Rasa nak salah kan diri sendiri teruk teruk…

Ni baru kita yang rasa . Tak tahu lah anak kita macam mana kalau dia ingat .

Satu lagi masa jamuan istimewa di kalangan artis. Yang tu pun sama, berbual dengan saya sambil agah agah budak tetiba cium mulut! Pastu blah laju laju!!! Eh!!!
Dengan bau rokok busuk!

Lepas pengalaman tu, memang berhati hati teruk! Tak bagi sangat dia salam dengan orang lain. Kecuali keluarga.

Mommy nya yang traum4 tau….
ni baru kes kecik..

So hopefuly kalian kat luar tu boleh panjang kan message ni jangan lah menggatal mulut nak cium mulut budak kecik bukan anak ko !

Lepas tu kalau ada dah terkena sebarkan lah secara senyap siapa orang yang suka buat macam tu jika kenalan. Bagi alert orang lain pulak….

Paling tak boleh terima ialah Ayah kiss mulut anak sendiri! Tak kira lah anak perempuan ke atau anak lelaki? Mak pun tak boleh lah buat macam tu, bukan budaya kita dan adab islam! Nabi muhammad pun tak kiss mulut anak perempuan nya !

Ada part yang islam benarkan untuk kita sentuh.
Ubun ubun , tangan dan pipi sahaja…

Saya update status ni sebab teringat perkongsian di fb sahabat saya Akhi Fairuz … pasal kes kes yang berkaitan dengan pendidikan seksu4l ni …

Saya sangat support hal berkaitan #PendidikanSeksual terhadap kanak kanak dan ibu bapa !
#TegurDuluSebelumMenyesal

Menerusi perkongsian tersebut, kanak-kanak dilihat mudah mengikuti perbuatan yang dilakukan oleh orang dewasa terutamanya kepada dirinya. Sekiranya perbuatan tersebut boleh mendatangkan kesan yang negatif, ianya akan menjadi masalah kepada ibu bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka. Selain itu, selebriti tersebut juga menyatakan sokongannya terhadap Pendidikan Seksual terhadap ibu bapa dan kanak-kanak yang dilihat boleh mengatasi masalah ini terus menjadi barah dalam masyrakat kita.

Sumber: Yana Samsudin

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa