Kepulangan ‘bidadari’ kecil, Ainul Mardhiah dari London ke Kuala Lumpur selepas selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di mulutnya sememangnya amat dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia.
Sebelum ini, ibu kepada adik Ainul, Nurul Erwani Zaini ada memberikan petanda atau hint bahawa mereka akan pulang ke tanahair dalam masa terdekat dan ia menyebabkan orang ramai yang mengikuti perkembangan beliau teruja.
Akan tetapi, perkhabaran itu telah dinafikan oleh Dr. Nur Amalina Che Bakri yang juga terlibat dalam proses rawatan adik Ainul dengan memberitahu bahawa pihak hospital masih lagi perlu memantau kesihatan anak kecil tersebut.
Kenyataan itu kemudiannya disahkan oleh ibu Ainul sendiri melalui satu kiriman di akaun Instagram-nya, baru-baru ini.
Menurut kiriman tersebut, kepulangan mereka sekeluarga terpaksa ditangguhkan kerana faktor kesihatan Ainul Mardhiah yang tidak mengizinkannya untuk menaiki pesawat.
Kepada keluarga Ainul Mardhiah, kami dan seluruh rakyat Malaysia sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan adik Ainul sekeluarga serta mengharapkan agar segala urusan akan dipermudahkan oleh-Nya.
Sumber: IG _nrlerwani