Siakap Keli
Gambar Hiasan

Harga Runcit Petrol RON 97 Naik , RON 95 Dan Diesel Kekal

Harga runcit petrol bagi RON 97 naik 4 sen iaitu daripada RM 2.53 seliter kepada RM 2.57 seliter. Manakala, bagi harga petrol RON 95 dan Diesel kekal kepada RM 2.08 seliter dan RM 2.18 seliter bagi Diesel.

Harga ini bermula pada 13 Julai 2019 sehingga 19 Julai 2019.

Berdasarkan penetapan harga runcit produk petroleum secara mingguan menggunakan formula Automatic Pricing Mechanism (APM), harga runcit produk petroleum bagi tempoh 13 Julai 2019 sehingga 19 Julai 2019 adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 4 sen seliter iaitu daripada RM2.53 seliter kepada RM2.57 seliter;
  2. harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.08 seliter; dan
  3. harga runcit diesel kekal pada paras RM2.18 seliter.

Berdasarkan pengiraan di bawah formula APM, harga runcit produk petrol RON95 dan diesel bagi tempoh yang sama sepatutnya adalah sebanyak RM2.27 seliter dan RM2.29 seliter masing-masing. Namun, harga runcit bagi kedua-dua produk adalah dikekalkan pada paras RM2.08 seliter dan RM2.18 seliter selaras dengan keputusan Kerajaan untuk menstabilkan harga runcit bagi produk petroleum dan mengurangkan kos sara hidup rakyat. Anggaran subsidi yang perlu ditanggung oleh Kerajaan dalam tempoh 13 Julai 2019 sehingga 19 Julai 2019 adalah berjumlah RM114.06 juta.

Sumber: Kementerian Kewangan Malaysia

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)