Siakap Keli
Gambar Hiasan(Foto: FacileThings/ Lifehacker Australia)

“Siapa Punya Idea Agaknya ”Weekend” Dua Hari Ni”, Asal Usul Cuti Hujung Minggu Yang Ramai Tak Tahu

Rasa sekejap je kan setiap cuti hujung mingga? Yelah, lepas penat bekerja 8-9 jam sehari selama lima hari, kebanyakan kita hanya diberikan cuti dua hari je pada hari Sabtu dan Ahad.

Siapa punya idealah agaknya buat weekend ni dua hari je? Jika korang gemar melayari laman media sosial, hampir pasti korang pernah dengar keluhan seperti ini bukan?

Foto: Twitter

Jadi, untuk menjawab persoalan korang tu, jom kami kongsikan serba sedikit mengenai sejarah ringkas hujung minggu dua hari ini.

Sejarahnya Bermula Sebagai Hari Keagamaan

Ya, kedua-dua hari cuti hujung minggu, Sabtu dan Ahad bermula atas sebab menghormati upacara keagamaan.

  • Sabtu

Percaya atau tidak, ada era abad ke-18, kebanyakan kilang-kilang di negara-negara industri di dunia hanya memberikan rehat separuh hari iaitu pada hari Sabtu.

Ini selepas para pemilik kilang menyedari mengenai kadar dan kualiti pengeluaran yang semakin berkurang kerana para pekerja mereka keletihan selepas bekerja tanpa henti selama seminggu.

Gambar Hiasan(Foto: ReformJudaism)

Bagaimanapun, kemuncak cuti hari Sabtu ini bermula pada tahun 1908, di mana pemilik sebuah kilang di Amerika memberikan cuti sehari pada Sabtu bagi menghormati hari Sabbath(Sabat) yang disambut orang Yahudi pada setiap Sabtu.

Langkah ini kemudiannya mula diikuti oleh beberapa buah kilang lain sebelum berkembang ke kebanyakan negara di seluruh dunia sehingga hari ini.

  • Ahad

Lebih kurang sama dengan hari Sabtu, cuti pada hari Ahad juga dikaitkan dengan hari keagamaan bagi agama Kristian yang mana mereka mempercayai hari Sabbath jatuh pada hari Ahad, bukannya Sabtu.

Ia didakwa telah bermula semasa Empayar British. Bangsa atau rakyat British sangat terkenal dengan pegangan agama Kristian-nya yang sangat kuat.

Gambar Hiasan(Foto: Crosswalk)

Mereka biasanya akan pergi ke gereja pada setiap hari Ahad bersama keluarga dan inilah juga dikatakan menjadi sebab mengapa mereka mengumumkan Ahad sebagai hari cuti atau rehat.

Ada juga sebahagian penganut agama Kristian menggelar Ahad sebagai Lord’s Day(Hari Tuhan).

Cuti Jumaat dan Sabtu di Kebanyakan Negara Arab

Seperti yang kita tahu, majoriti wilayah Arab didiami oleh negara-negara yang kebanyakan rakyatnya adalah beragama Muslim.

Hari Jumaat juga merupakan hari istimewa bagi umat Islam, di mana ia digelar ‘penghulu segala hari’. Pada hari ini juga, lelaki dewasa Muslim yang berakal diwajibkan untuk menunaikan solat Jumaat.

Gambar Hiasan(Foto: RT)

Oleh itu, kebanyakan negara-negara di Timur Tengah serta beberapa buah negara lain di dunia memilih untuk bercuti hujung minggu pada hari Jumaat-Sabtu, dan bukannya Sabtu-Ahad seperti kebanyakan negara lain di dunia.

Malah, sistem ini juga telah digunapakai oleh beberapa buah negeri di Malaysia seperti Johor, Kelantan, Kedah dan Terengganu.

Jadi dengan perkongsian ini, diharapkan ia dapat merungkai segala kerunsingan yang bermain di minda korang mengenai cuti hujung minggu sekadar dua hari ini.

Ketahuilah, ada orang lain yang hanya bercuti sehari seminggu atau lebih teruk di luar sana. Maka, bersyukurlah jika korang dapat menikmati cuti dua hari di setiap hujung minggu.

Sumber: desiringGod, MentalFloss, Tag The Flag

Amir Zakwan

Dulu sembang teknologi terkini, sekarang borak berita sensasi

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.